Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Subsidi Gas Asli Dikurangkan, Bakal Berlaku Kenaikan Sebanyak 77 sen Bermula Julai

13 Jun 2018

Bermula Julai ini, isi rumah di Malaysia perlu membayar tarif asas gas asli yang lebih tinggi selepas ianya akan dinaikkan sebanyak RM0.77 per satu juta unit termal British (MMBtu), lapor Utusan.

Menurut kenyataan daripada Gas Malaysia Berhad (Gas Malaysia), kenaikan itu berkuat kuasa mulai 1 Julai hingga 31 Disember 2018 selepas menerima kelulusan dari Suruhanjaya Tenaga di mana harganya berubah ke RM31.92/MMBtu.

“Purata tarif asas gas asli ditetapkan pada RM31.92 per MMBtu untuk tempoh Julai hingga Disember 2018 adalah sejajar dengan pengumuman Gas Malaysia pada 28 Disember 2016,” katanya.

Pihak kerajaan bagaimanapun sebelum ini telah menetapkan rangka kerja peraturan berasaskan insentif (IBR) yang menetapkan tarif asas untuk tempoh pengawalseliaan selama tiga tahun mulai Januari 2017 dimana IBR membenarkan perubahan dalam kos gas yang akan melalui mekanisme kos gas untuk dilepaskan (GCPT) setiap enam bulan.

“Di bawah mekanisme GCPT, bayaran tambahan sebanyak 77 sen per MMBtu akan dilaksanakan untuk semua kategori, ini kerana kos sebenar adalah tinggi berbanding harga rujukan gas dalam tarif asas bagi tempoh tersebut.” 

“Ini bermakna tarif efektif purata pada RM32.69 per MMBtu,” katanya.


Menurut kenyataan akhbar daripada pihak Suruhanjaya Tenaga, kerajaan mengambil langkah meneruskan perlaksaan semakan harga gas asli di mana subsidi harga gas asli dikurangkan secara beransur-ansur sebanyak RM1.50/mmBtu setiap enam bulan sehingga mencapai harga pasaran.

"Berikutan pengurangan subsidi harga gas asli yang dikawal selia tersebut serta peningkatan unjuran isipadu gas asli berasaskan liquefied natural gas (LNG), tarif asas purata gas asli Gas Malaysia Berhad (GMB) ditetapkan pada kadar RM31.92/mmBtu bagi tempoh Julai hingga Disember 2018 sebagaimana yang telah dimaklumkan kepada pelanggan-pelanggan GMB pada Disember 2016," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, melalui pelaksanaan mekanisme GCPT, Kerajaan turut memutuskan supaya surcaj sebanyak RM0.77/mmBtu daripada tarif asas dilaksanakan kepada kesemua kategori tarif pelanggan GMB berikutan perubahan harga sebenar gas asli berasaskan LNG yang melebihi
harga yang diunjurkan di dalam tarif asas di dalam tempoh semakan GCPT. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Cari agen judi online aman dan terpercaya?
    Daftar disini aja www(dot)updatebetting(dot)co

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam
  4. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab1

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "