Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Selangor Umum Bantuan Khas Hari Raya Sebulan Gaji

4 Jun 2018
Gambar: FB Azmin Ali

Kerajaan Negari Selangor sebentar tadi telah mengumumkan pemberian bantuan khas Aidilfitri sebanyak sebulan gaji kepada 17,109 penjawat awam negeri ini berjumalah RM31.2 juta sempena sambutan hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi,



Memetik laporan Bernama, selain kepada kakitangan kerajaan negeri, beliau turut mengumumkan bantuan khas Aidilfitir sebanyak RM1,000 kepada 755 kakitangan di tujuh jabatan Persekutuan di Selangor.




Walaubagaimana pun menurut Azmin, pembayaran bantuan berkenaan akan dibuat serentak pada 25 Jun ini, pembayaran berkenaan dibuat selepas raya kerana tidak mahu penjawat awam berbelanja berlebihan dalam menyambut Aidilfitri.



Azmin melalui laman Facebooknya berkata, hatinya hari ini cukup sebak ketika bersama dengan penjawat awam negeri Selangor di dalam Majlis Rapat Ramadhan.

"Mereka inilah tulang belakang kejayaan Negeri Selangor. Tanpa mereka, tidak mungkin usaha membela rakyat Selangor berjaya. Terima kasih banyak kepada penjawat awam Negeri Selangor."

"Kenangan bekerja bersama selama empat tahun di Selangor sentiasa tersemat di hati ini. Tuhan sahaja yang mampu membalas budi baik anda semua," tulis Azmin yang bakal menamatkan perkhidmatannya sebagai Menteri Besar selepas dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi di persekutuan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Update Betting aman dan terpercaya :)

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "