Buat julung-julung kalinya dalam tempoh berpuluh-puluh tahun, Arab Saudi mula mengeluarkan lesen memandu buat penduduk wanitanya semalam (4 Jun), beberapa minggu sebelum ia dijadual menarik balik larangan memandu ke atas wanita.
Sepuluh wanita Arab Saudi pertama menukar lesen antarabangsa untuk mendapatkan lesen tempatan di beberapa bandar raya termasuk ibu kota negara itu, sedang ia bersedia menamatkan larangan tersebut pada 24 Jun ini.
Langkah berkenaan adalah sebahagian daripada usaha yang dilancarkan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, bagi memodenkan negara tersebut.
الف الف الف الف مبروك ل بنات الوطن— سعود الزمانان (@saudalzmanan) June 4, 2018
إصدار اول رخصة قياده في السعوديه pic.twitter.com/GRUNxJxpaq
“Sepuluh wanita Arab Saudi mencipta sejarah semalam apabila mereka diberikan lesen memandu.
“Dijangkakan minggu depan, 2,000 lagi wanita akan mendapat lesen memandu di Arab Saudi,” demikian menurut Pusat Komunikasi Antarabangsa (CIC) Kementerian Penerangan.
Agensi Media Saudi (SPA) melaporkan, pertukaran dibuat selepas pemohon wanita menjalani ujian praktikal tetapi tidak memberikan butiran lanjut.
“Impian menjadi nyata apabila saya boleh memandu di negara ini,” seorang daripada wanita yang mendapat lesen itu, Cik Rema Jawdat, dipetik sebagai berkata oleh CIC.
Update Betting, agen judi online terpercaya dan berpengalaman di Indonesia
BalasPadamDepo/wd hanya 50rb saja.. mari daftar
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877