Sudah sampai di pertengahan puasa, kurang lagi dua minggu sahaja kita akan menyambut lebaran. Mak-mak lah orang yang paling sibuk menyediakan semua kelengkapan raya keluarga.
Bagi yang akan pulang ke kampung halaman, lagi bertambah pening untuk packing barang diri sendiri, suami dan anak-anak. Anak lebih daripada dua, lagi bertambah kelam-kabut. Semuanya kena lengkap untuk dibawa pulang, kalau ada yang tertinggal mula lah akan 'spoil' mood bercuti nanti, betul tak.
Ikuti 8 tips ini untuk mudahkan tugas anda membuat persiapan barang yang perlu dibawa pulang semasa raya nanti. Dalam masa kurang sehari, semua dah siap dikemas. Tak percaya, cuba buat. Berbaloi dan sangat mudahkan kerja mak-mak !
Buat satu senarai untuk setiap ahli keluarga dalam satu kertas A4 untuk setiap ahli keluarga (longgok sekali pun boleh aje kalau muat dan tulis barang yang ingin dibawa ikut kategori (contohnya pakaian, alat2 mekap, dan makanan).
Contohnya seperti senarai yang biasa saya buat seperti dalam gambar ni. 3 beranak je kami, jadi cukup sekeping kertas aje.hehe..
Tip: simpan senarai ini sehingga sebelum pulang ke rumah untuk check kalau2 ada yang tertinggal (naya je kalau kampung nak balik tu jaraknya 50km++).
2) Lipat dan gulung baju dalam beg
Gulung baju yang ingin dibawa dan bukan sekadar lipat sahaja. Lagi mudah untuk tengok sekali imbas dan ambil dari menyelongkar sampai ke dasar beg, takut kacau baju lain yang dah dilipat cantik. Malah menggulung baju pun sebenarnya amat menjimatkan ruang (tengok gambar di bawah).
Tau lah masa pagi raya atau malam sebelumnya, masa tu jugaklah sedara mara, sepupu sepapat berebut iron baju.
3) Barang kemas dan produk kecantikan disimpan dalam bekas kecil
Pengunaan bekas kecil memang menjimatkan ruang dengan banyak. Bekas yang mempunyai banyak bahagian (contohnya bekas ubat) adalah yang terbaik untuk mengasingkan barang kemas dari tersimpul dan hilang dicelah2 beg. Takdalah pin2 yang hilang bila nak bersiap untuk raya ni. hehe..
Gunakan juga bekas yang kecil (travel size orang kata) untuk simpan produk yang berbentuk cecair seperti syampu, pelembab, dan BB Cream. Sebab ia dalam bentuk cecair, sebaiknya guna bekas yang pentupnya tutup rapat (lihat gambar di bawah).
4) Simpan pencukur dengan selamat
Gunakan klip fail seperti gambar untuk melindungi tangan ketika mengambil pencukur dalam beg. Tip ini amat penting lagi2 kalau ada anak yang kecil lagi. Anak saya dah terkena, tobat lah terus guna tip ini dalam rumah sekalipun.
5) Balut barangan berkaca dengan kain
Barangan berkaca seperti pewangi dan deodorant kalau berlaga kuat boleh pecah (lagi2 yang bentuk cecair, habis bercampur bau dan rosak fabrik baju). Sebaiknya balut barangan tersebut dengan kain dan diikat kemas dengan getah atau lagi mudah, guna aja stokin lama dan sumbat terus sebelum disimpan dalam beg (basuh stokin lama dulu ye)
6) Gunakan bekas yang lutsinar untuk mudah dilihat
Bekas lutsinar yang berzip seperti dalam gambar sangat mudahkan kerja kita dari membazir masa mengorek satu persatu kan?
Kotak keras atau plastik ziplock juga boleh dijadikan alternatif, janji dia lutsinar. Seperti biasa, labelkan juga bekas2 tersebut untuk memudahkan anda mencari barang.
7) Sediakan ruang penyangkut untuk barang keperluan dalam perjalanan
Simpan sahaja apa yang diperlukan oleh ahli keluarga dalam ruang penyangkut ini (biskut kudapan, botol air). Malah sedikit mainan anak juga boleh disimpan untuk membantu anak mengisi masa dan mengelakkannya dari bosan.
8) Simpan makanan dalam bekas KHAS sahaja
Makanan kalau dah dibawa masuk dalam kereta pasti akan bersepah. Elakkan dengan menyediakan bekas khas untuk makanan sahaja.
Dengan bekas ini lebih mudah, hanya perlu pass bekas sahaja tanpa risau tertumpah/meleleh keluar, dan sedikit sebanyak akan membantu mendisiplinkan anak ketika dalam kereta.
Tip: ini juga berguna dengan menyediakan bekas/plastik khas untuk sampah di dalam kereta.
Kesimpulan
Tip-tip packing ini biasa Shai gunakan setiap kali balik kampung/berjalan jauh. Yelah sejak ada anak kecil ni, boleh kata semuanya kena teliti supaya ibu boleh enjoy walaupun ada anak kecil (selain faktor keselamatan juga).
Sumber : mommylotte.com
Update Betting, agen judi online terpercaya dan berpengalaman di Indonesia
BalasPadamDepo/wd hanya 50rb saja.. mari daftar
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877