Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pengarah Kesihatan Tampil Jawab Dakwaan Pesakit Terpaksa Beli Ubat Sendiri Kerana Hospital Tiada Wang

6 Jun 2018

Tular baru-baru ini apabila terdapat satu status yang telah dimuat naik melalui Facebook milik seorang individu menyatakan rasa kecewanya apabila diminta membeli ubat sendiri di Hospital Sultan Ismail (HSI) pada 3 Jun lalu.

Walaubagaimana pun, Pengarah Kesihatan Negeri Johor Dr Selahuddeen Abd Aziz berkata siasatan awal oleh Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini mendapati tidak ada pesakit yang diarah untuk membeli ubat mereka sendiri seperti yang dipaparkan di Facebook.

Jabatan Kesihatan Johor (JKNJ) merujuk kepada kenyataan yang disiarkan di Facebook bertarikh 3 Jun 2018 yang mendakwa sesetengah pesakit terpaksa membeli ubat mereka sendiri kerana tidak terdapat di hospital yang didakwa kehabisan dana.

"Terdapat bekalan ubat yang mencukupi dan pesakit diberi ubat mengikut senarai yang terdapat dalam Formulari Ubat-Ubatan Kementerian Kesihatan," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook JKNJ hari ini.

Dr Selahuddeen berkata HSI telah menghubungi pemilik akaun Facebook untuk mendapatkan penjelasan dan diberitahu bahawa dia hanya mendengar cerita dari satu pihak dan tidak mengesahkan perkara itu dengan HSI.

Beliau berkata JKNJ mahu memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pembekalan ubat-ubatan adalah mencukupi dan akan sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. - Bernama

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, sabung ayam, dll hanya di Update Betting, yukk buruan..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "