Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lepas Bersalin, Kena Pantang Makan Laksa Setahun? Kepercayaan Mengarut Masyarakat, Doktor Ini Tampil Beri Teguran

9 Jun 2018
4 ulasan

Setelah melahirkan anak, tradisi berpantang tidak pernah lekang ditelan zaman. Ibu-ibu kebiasaannya akan berpantang selama 44 hari dan ada juga yang berpantang sehingga 100 hari untuk menjaga luaran dan dalaman badan.

Salah satu pantang besar, pernah tak anda dengar orang tua-tua cakap, selepas bersalin tak boleh makan laksa, siap kena pantang setahun lagi ! Ia biasanya dilakukan di negeri sebelah utara seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.  Paling teruk, jika ada yang tidak mengikut pantang ini, habis dikecam kerana menjadi sesuatu yang tidak boleh dilanggar.


Alasannya laksa termasuk dalam makanan 'sejuk'. Kuah laksa yang dimasak bersama daun kesum dan bunga kantan akan menyebabkan bisa pada badan. Laksa yang dimasak dua kali dikatakan pula mempunyai kandungan angin yang tinggi dan boleh mengakibatkan sakit urat.

Kesan lebih teruk hingga badan boleh menggigil atau disebut 'bentan'. Disebabkan itu ramai ibu-ibu yang berpegang kepada kepercayaan ini kerana risau sekiranya tidak diikut akan membawa mudarat kepada kesihatan mereka.

Namun, tampil membidas, Doktor Rusyainie Ramli yang memberi teguran supaya ibu-ibu tidak percaya dengan kepercayaan mengarut ini yang hanya mitos semata-mata. Jaga pemakanan adalah sebaiknya, bukannya selepas pantang makan tak ingat dunia. Jom ikuti perkongsian beliau seperti di bawah. Moga dapat dijadikan panduan bagi ibu-ibu. Terpulang pada diri masing-masing untuk menilai.


Apa lah yang kalian dengki sangat dengan LAKSA ni? Yang pelik, dengan laksa utara saja pula tu. Laksa lain takde pula gitu. Memang laksa utara ni musuh ketat ke apa?

Siap terangkan satu persatu kenapa tak boleh makan laksa sampai setahun lepas bersalin. Kalau dah beranak tiap tahun macam pesakit akak, 6 tahun kahwin, 5 anak dia, ikut pantang merapu kalian, tak sentuh laksa langsung la gamaknya dia.

Meh la akak pangkah kenyataan tak bernas terpesong lagi sesat ini.

1. Laksa dibuat dari beras. Rebus lah 100× pun takdenya lagi berangin. Laksa tak boleh. Bihun boleh? Tak ke aneh? Asalnya beras juga kan. Saiz saja lain. Pasta boleh ke tak wahai adik bawang? Ke tak boleh sebab kena rebus juga? Tolonglah. Kalau ikut logik kalian, nasi pun tak boleh makan ok. Habis nak makan apa? Kentang? Jagung?


2. Tulang ikan memang la tajam. Tak ke? Secara lahiriahnya memang tulang ikan tajam. Pernah tertelan tulang kan? Perit dan seksa kan. Ikan untuk buat laksa utara ni jenis sardin (selayang) atau kembung kan? Tinggi kandungan omega tu. Kalau dah direbus dengan periuk tekanan tinggi memang tulang ikan tu lembut. Tapi kalau rebus biasa, memang kita buang tulang ikan tu lah. Takdenya nak masukkan tulang tu kat kuah laksa kita masak tu. Logik mana adik bawang wei?

3. Daun kesum dan bunga kantan yang kita guna dalam kuah laksa tu gunanya nak kasi aroma dan rasa sedap la. Takde kesan apa pun dari segi bahan kimia dalam daun kesum atau bunga kantan pada badan kita setakat apa yang kita guna dalam kuah laksa. Tak payahlah mengarut sakit sendi la, sakit urat la, angin la bagai.


Akak dah tulis pasal angin dan urat. Tolong baca dan hadam. Dah tak payah nak sembang kencang kalau fakta ke laut.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10213928348233451&id=1551720152

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10213807154563685&id=1551720152

4. Ni lah yang paling akak tak tahan ni. Timun sejuk? Memang sejuk la kalau bubuh dalam peti sejuk. Aduh. Mungkin sejuk juga sebab kandungan air dalam timun lebih kurang 95%. Jadi orang dulu-dulu kata timun tu sejuk. Akak pun tak pasti la kan. Timun sebenarnya sejenis buah kalau ikut definisi sains. Tapi takde langsung fakta kata tak boleh makan timun sebab sejuk lepas tu nanti berangin. Mitos!


Kalau badan sakit lepas makan laksa tu kemungkinan besar TAKDE KENA MENGENA LANGSUNG. Selalunya kesan placebo saja. Sebab kita percaya sangat kepercayaan karut tu, maka jadilah kat kita.

Takkan akak nak salahkan nasi goreng akak makan bila malam lepas akak makan tu, akak kena demam teruk dan otot habis sakit? Rupanya akak kena jangkitan virus Influenza A. Salah nasi goreng ke?

Dahlah. Ni zaman maju moden dah. Kenapalah masih berpegang pada cakap orang-orang tua yang tak ada asas sains macam kita yang dah pergi sekolah sampai universiti dah ni. Tolonglah.

Ni nak pesan ni. Kalau sesiapa datang nak komen nak tegakkan benang basah, jangan. Ni fakta akak bagi. Bukan sandiwara cerita melayu pukul 7 malam.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Untuk mempermudah kamu bermain guys ajoqq menghadirkan 7 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di ajoqq,,, Pin BB: 58cd292c

    BalasPadam
  2. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14

    BalasPadam
  3. www(dot)Upd4te8ett1n9(dot)com
    [Sbobet / Live Casino / Ibcbet / Sabung Ayam / Togel / Fishing World / E-Games]

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "