Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Ini Jadi Mangsa Tentera Israel Selepas Silinder Gas Pemedih Mata Ditembak Rejim Zionis Kena Dan Melekat Pada Mulutnya

12 Jun 2018

Seorang pendudk Palestin yang berjuang untuk tanah airnya melalui detik-detik cemas lagi menyakitkan apabila silinder gas pemedih mata yang ditembak oleh tentera regim Zionis mengenai dan melekat pada mulutnya. Silinder gas pemedih mata itu dilepaskan bagi menyurai penduduk Gaza yang berkumpul bagi melakukan bantahan terhadap pengepungan yang dibuat oleh Israel.


Israel dalam satu kenyataan mendakwa bahawa pihaknya menggunakan silinder gas pemedih mata yang tidak berbahaya namun beberapa gambar yang tersebar serta laporan media menyebut bahawa projektil, yang dilancarkan oleh tentera Israel daripada sempadan telah mengenai Haitham Abu Sabla.


Ketika kejadian, mangsa dikatakan berada di situ bagi memberi bantuan kesihatan sebagai petugas sukarelawan dan turut menyertai kumpulan penduduk Gaza yang melakukan protes.

Melalui gambar yang diambil oleh seorang jurugambar stesen berita Reuters, Ibraheem Abu Mustafa, dapat dilihat silinder gas pemedih mata tersebut mengenai bahagian pipi dan menembusi hingga ke mulut. Malah, baju mangsa turut berlumuran dengan darah dan pengsan tidak lama kemudian.


Jurucakap di sebuah hospital di mana Haitham dibawa berkata, mangsa kini masih tidak sedarkan diri dan bertahan dengan alat bantuan hayat selepas pembedahan dilakukan bagi mengeluarkan silinder gas pemedih mata itu dari pipinya.

''Tentera Israel tiba-tiba datang dengan trak tentera dan mula melontar bom asap. Kemudian, penunjuk-penunjuk perasaan mula melarikan diri meninggalkan lokasi tersebut. Mereka mula mengundurkan diri termasuk mangsa yang betul-betul melintas di depan saya,'' kata Ibraheem.


''Saya mula mengambil gambar keadaanya, sebelum ia jatuh dan petugas kesihatan bergegas memberi bantuan.

''Ia sesuatu yang menakutkan melihat mulut seorang lelaki yang cedera dan asap keluar melaluinya,'' kata Ibraheem lagi.


Abang kepada Haitham memberitahu bahawa mereka berdua adalah antara peserta kumpulan demontrasi yang melalukan bantahan secara rutin.

''Kami perlu menyertai barisan hadapan kumpulan penunjuk perasaan. Kami tidak pernah telepas dari menyertainya setiap hari Jumaat,'' katanya.

Sumber : Reuters
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Dukung tim bola kesayangan Anda dengan pasaran bola terbaik di www(dot)updatebetting(dot)co

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "