Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kadir Jasin Letak Jawatan Dari Majlis Penasihat Kerajaan Berkuatkuasa Serta Merta

9 Jun 2018
5 ulasan

Datuk Abdul Kadir Jasin hari ini meletak jawatan sebagai Ketua Unit Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan, berkuatkuasa serta merta.

Abdul Kadir berkata beliau membuat keputusan itu demi mengelak kekeliruan dalam kalangan masyarakat berkaitan peranannya dalam Majlis tersebut serta pandangan beliau dalam blog dan kolum mingguan di akhbar Sinar Harian.

“Sebagaimana yang saya tegaskan dalam mukadimah blog saya, segala pendapat yang saya zahirkan di dalamnya adalah pendapat saya semata-mata. Saya menulis atas kapasiti sebagai seorang blogger dan tiada kaitan dengan sebarang jawatan yang mungkin saya pegang.

“Bagaimanapun, wartawan dan pihak lain yang memetik pandangan saya terus mengaitkannya dengan kedudukan saya sebagai Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan ,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Justeru bagi mengelak kesipuan kepada Majlis dan percanggahan kepentingan di pihaknya, Abdul Kadir berkata beliau telah memohon untuk mengundur diri dan keputusan itu telah dipersetujui oleh Pengerusi Majlis itu Tun Daim Zainuddin.

Dalam kenyataan itu beliau turut berterima kasih kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Daim atas kepercayaan dan keyakinan mereka terhadapnya serta petugas Unit Media dan Komunikasi di atas ketekunan dan kerja kuat mereka.


“Saya akan terus menyumbang bakti kepada tanah air kita yang tercinta ini dan rakyat jelatanya dengan cara terbaik yang saya ketahui, iaitu menerusi mata pena saya. Terima kasih. Semoga Allah memberkati,” katanya.

Pada 12 Mei lepas, Dr Mahathir mengumumkan pembentukan Majlis Penasihat Kerajaan yang bertindak menasihati kerajaan mengenai ekonomi dan kewangan ketika proses peralihan kuasa dengan melantik lima pakar terkemuka bagi mengisi jawatan dalam majlis itu.

Mereka adalah bekas Menteri Kewangan Daim; bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas presiden Petronas Tan Sri Hassan Merican; tokoh korporat Tan Sri Robert Kuok dan ahli ekonomi terkemuka negara Prof Dr Jomo Kwame Sundaram.

Selain itu bertindak sebagai sekretariat ialah pakar ekonomi Dr Muhammad Abdul Khalid, manakala tokoh wartawan Abdul Kadir yang juga bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NST) sebagai Ketua Media dan Komunikasi.

Sumber : Bernama

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14

    BalasPadam
  2. Untuk mempermudah kamu bermain guys ajoqq menghadirkan 7 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di ajoqq,,, Pin BB: 58cd292c

    BalasPadam
  3. www(dot)Upd4te8ett1n9(dot)com
    [Sbobet / Live Casino / Ibcbet / Sabung Ayam / Togel / Fishing World / E-Games]

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  5. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "