Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Ingat Anak Kena Campak, Rupanya Kesan Makan Ubat Demam Lama'', Suka Simpan Ubat Dalam Peti Ais, Wanita Ini Kongsi Pengalaman

7 Jun 2018

Perkara biasa yang dilakukan oleh mak ayah adalah menyimpan ubat-ubatan seperti panadol, paracetamol, ubat selesema dan ubat batuk dalam peti ais kerana ingin gunakan semula baki ubat  apabila perlu nanti. Cuba check dalam peti ais rumah kita, mesti ada kan? Anggapan kebanyakan mak ayah adalah mudah apabila anak sakit, boleh dirawat dulu sebelum dibawa ke klinik. 

Hakikatnya tabiat sebegini mengundang bahaya. Perkongsian pengalaman oleh Puan  Nurasykin Ali ini boleh dijadikan peringatan oleh ibu-bapa lain. Anaknya mengalami ruam seakan ekzema pada satu badan hingga kulit menjadi kering dan bersisik setelah makan ubat yang disimpan dalam peti ais. 


Bayangkan jika ubat disimpan dalam tempoh yang lebih lama lagi, apa kesan yang akan terjadi kepada anak-anak? Jangan risikokan keselamatan keluarga kerana mahu berjimat dari membeli ubat baru. Simpan dalam tempoh yang ditetapkan sahaja agar kandungan ubat tidak terjejas.

BAHAYA SIMPAN UBAT DEMAM

Ada sekali waktu tengah malam, anak sulung kak ekin tetiba demam panas sampai 40’c. Apalagi cecepat keluarkan botol paracetemol dan suap pada anak.

Suhu turun sikit tapi badan masih panas. Kak ekin pun lap-lap badan anak bantu turunkan suhu. Alhamdulillah, demam makin kebah.

Tapi pagi esoknya kak ekin perasan, badan anak depan belakang penuh dengan tompok ruam. Kulit kering bersisik. Anak mula nampak menggaru tak senang dan demam balik.


Macam ruam ekzema pun ada. Penuh berbiji kat badan sampai kaki. Kulit jadi kering bersisik.


Belakang pun sama. Amik gamba pakai tepon cap ayam tak nampak teruk sangat. Hakikat dia teruk gila.

Kak ekin sangka anak kena campak keladi. Tak fikir panjang terus bawa ke doktor takut sakit makin melarat. Sampai sana doktor bagitahu, simptom ni biasa kena kalau termakan ubat demam yang dah lama.

Baru kak ekin tahu, rupanya tak boleh kita simpan semula ubat demam yang dibuka. Kena habiskan dalam masa sebulan.

Apalagi, balik rumah terus buang semua ubat-ubat yang ada dalam peti ais. Nasib baik lah anak cuma naik alergi. Tak ada apa yang mudarat.


Salah satu contoh paracetemol yang biasa dapat dari klinik. Jadi, jangan simpan ubat demam yang dah buka lebih dari sebulan atau yang tarikh luput.

Jangan kedekut nak beli ubat baru, kesihatan anak lagi penting. Kalau dah sakit teruk lagi kita tak keruan.


Dalam seminggu jugak lah ruam alergi tu nak hilang. Itu pun sebab dah sapu dengan minyak terapi. Anak takde nak bergaru sangat bila pakaikan minyak tu. Tidur pun lena.

Jadi ibu ayah yang suka simpan ubat demam dalam peti ais, tolong buang sekarang kalau tak nak mengundang penyakit. Melainkan penutup ubat tu belum pernah dibuka. SEBABBBBB...

Bila penutup dah dibuka tu, udara luar yang mengandungi bakteria, wap air dan fungi akan masuk ke dalam botol. Dan menyebabkan bakteria merebak dan merosakkan bahan aktif di dalam ubat.

Lagi bagus simpan ubat yang belum dibuka ditempat yang kering dan jauhkan dari sinaran matahari. Supaya kandungan ubat tak terjejas.

Jadi ibu ayah semua beringat lah. Elak sebelum kena. Mak dah Insaf! Share supaya ibu dan ayah yang lain pun beringat.

Update :

Tarikh luput bergantung pada cara penyimpanan. Ada pharmacist bagitahu 2 bulan. Ada yang 3 bulan. Ada juga doktor yang suruh buang terus lepas demam baik.

Macam anak kak ekin suka buka petiais tak tutup balik. So lagi la selalu botol tu berwap sebab simpan bahagian pintu peti ais. Jadi kak ekin nak selamat, buang lepas 1 bulan tempoh buka.

Apa pun, better ibu ayah rujuk pada doktor untuk dapatkan kepastian. Kadang simptom lebih kurang tapi sakitnya tak sama. Kak ekin cuma sampaikan apa yang doktor terangkan pada kak ekin ikut keadaan anak masa tu.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "