Persoalannya, kenapa perlu sampai 3 kamera? Adakah
dwi-kamera tidak mencukupi? Langkah yang diambil oleh Huawei ini merupakan satu
lonjakan yang besar dalam teknologi pembuatan telefon pintar dalam membawakan
kamera yang mampu untuk menyayingi kamera DSLR.
Selain daripada memiliki tiga pasang kamera, Huawei
juga dilihat meneruskan kolaborasi dengan Leica untuk siri P mereka dalam
memberi pengalaman fotografi yang terbaik untuk pengguna.
Lensa yang diketengahkan juga diberi penambahbaikkan
dengan sensor Vario-Summilux-H menggantikan sensor Summilux yang digunapakai di
model P10 Plus.
1. Lensa RGB
Huawei telah menambah saiz sensor RGB sehingga
40-Megapiksel f/1.8, jauh meninggalkan pesaing mereka yang lain. Seperti yang
anda tahu, saiz piksel yang besar akan mempertingkatkan lagi ketajaman
perincian hasil gambar. RGB (Red, Green, Blue) digunakan untuk menangkap butiran
warna. Oleh itu, warna yang dihasilkan kelihatan lebih menyerlah.
2. Lensa
Telefoto.
Tanpa Zoom |
3X Zoom Optikal |
5X Zoom Hibrid |
Ini merupakan pertama kali Huawei mengetengahkan
sistem telephoto dalam peranti mereka. Dengan lensa telephoto 8-Megapiksel f/2.4
dan panjang fokus 80mm, ianya membenarkan pengguna untuk zoom sebanyak 5X (zoom
hibrid) tanpa kehilangan perincian ketika mengambil gambar subjek yang jauh.
3. Lensa
Monokrom
Seperti
yang anda tahu, lensa monokrom mengambil butiran gambar hitam putih dalam
menghasilkan kesan bokeh. Dengan 20-Megapiksel f/1.8 monokrom, peranti ini
dapat menangkap butiran warna hitam dan putih supaya kesan bokeh lebih sempurna
terutamanya pada waktu malam dan pada masa yang sama hasil gambar akan lebih
jelas dan pekat.
Apa yang membuatkan P20 dan P20 unik berbanding
peranti lain di pasaran ketika ini adalah teknologi AI yang terbina di dalam
cip pemprosesan Kirin 970 bersama NPU (Neural Processing Unit) yang tersendiri,
tidak ada pada peranti lain pada ketika ini.
Ini bermakna ianya dapat mengoptimumkan prestasi dan
penggunaan bateri mengikut tingkah laku pengguna. Untuk kamera, teknologi AI
mampu mengesan 19 jenis kategori objek dengan lebih 500 senario dalam
menambahbaik hasil gambar.
Contoh kalau ambil gambar bunga, peranti ini dapat
mengenalpasti dengan sendiri melalui teknologi AI untuk memberikan kesan yang lebih cemerlang.
Ianya akan secara automatik akan meninggikan saturasi warna untuk menyerlahkan
lagi warna bunga.
Selain daripada itu, Huawei turut menampilkan sokongan
gerak perlahan 960fps untuk rakaman video untuk menghasilkan rakaman yang lebih
sinematik seperti yang ditonjolkan dalam pembuatan perfileman.
Peranti ini bukan sahaja kuat tenaga batinnya,
malah rupa zahirnya juga sudah cukup untuk buatkan ramai jatuh hati. Dengan
binaan panel kaca dibelakang, memberikan struktur yang kukuh dan premium dan
cantik dengan rekaan rona warna berkilau berubah-ubah mengikut sudut pandangan.
Pilihan warna seperti warna merah jambu dan ‘Twilight’ menonjolkan lagi
kecantikan fon ini. Sedap dipegang di tangan dan sedap juga mata memandang.
Anda juga boleh mengubah tetapan paparan skrin dimana
ianya akan menutup ruang di tepi ‘notch’ dengan warna hitam. Maka ‘notch’ pun
akan hilang.
Dengan tanda harga P20 Pro pada RM3,299 dan RM2,599
untuk P20, ianya agak sukar untuk mana-mana pesaing lain untuk bersaing dan
kami lihat ianya merupakan peranti fotografi terbaik untuk anda.
Lupakan DSLR, inilah masanya
anda beralih ke #phonetography
Untuk pengetahuan anda Huawei Malaysia kini sedang menawarkan
hadiah bernilai sehingga RM 100,000 untuk dimenangi untuk setiap pembelian
telefon pintar terpilih melalui kempen ‘Gaya Raya Bersama Huawei’.
Kempen ini akan berlangsung bermula 18 May sehingga 17 Jun ini. Pelbagai hadiah menarik seperti pakej percutian 4 hari 3 Malam ke Tokyo Disneyland dan Bali, Indonesia menanti anda. Rebut peluang keemasan ini segera dan tampil bergaya dengan peranti terbaru Huawei anda pada Hari Raya nanti. Anda boleh ikuti laman Facebook Huawei Mobile MY untuk maklumat lanjut berkenaan pertandingan ini dan cara untuk menyertainya.
Dengan pemansuhan GST, anda juga bakal ditawarkan dengan harga jatuh merudum mulai 1 Jun ini. Anda boleh mendapatkan info dengan lebih lanjut dengan melayari laman sesawang Vmall.
AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
BalasPadamPoker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)