Sama ada dijadikan sandwich, disapu jem atau dimakan begitu saja, roti merupakan santapan yang enak dan mudah disediakan. Ada yang 'wajib' menjadikan roti sebagai sarapan pagi atau minum petang. Bagi yang diet, nasi biasanya digantikan dengan roti kerana percaya ia lebih menyihatkan dan dapat menjaga bentuk badan.
Terdapat pelbagai jenis roti yang dijual di pasaran. Ada roti yang dicampur dengan bahan lain seperti buah-buahan, bijirin, kekacang dan bermacam lagi. Oleh itu, anda perlu bijak memilih roti yang sesuai diikuti dengan pengambilan yang seimbang dan kuantiti yang sederhana.
Namun, bagi si penggemar roti, ada baiknya untuk anda mengurangkan pengambilan roti. Sekiranya roti diambil seacra berlebihan atau dijadikan sebagai menu utama, ada kesan sampingan yang akan terjadi. Jom kita tengok 4 sebab di bawah kenapa anda perlu kurangkan makan roti selepas ini ya. Semoga bermanfaat.
1) Tinggi kandungan gula
Bahan-bahan dalam menyediakan sepaket roti mengandungi gula atau tinggi sirap fruktosa gula. Selain pemanis dengan produksi pembuatan roti yang lebih cepat menggunakan bahan pegawet ia memberi kesan pada peredaran insulin dalam badan.

Kesan insulin yang keluar terlalu cepat boleh menganggu kandungan gula dalam darah dan menyebabkan anda terasa lebih cepat lapar berbanding biasa. Sebab itu ada yang makan roti tak kenyang-kenyang.
2) Rendah nutrisi
Protein, vitamin, kalsium dan mineral tiada ada dalam roti selain karbohidrat. Jadi apa kebaikan roti dapat beri anda jika tidak diambil dengan sumber makanan yang lain? Roti penuh gandum juga mengurangkan penyerapan nutrisi dari makanan lain.

Kandungan gluten dalam roti boleh memberi reaksi negatif kepada mereka yang sensitif terhadapnya. Bila anda mengambil roti tanpa bebas gluten, sistem imunisasi anda boleh terganggu, cepat kepenatan, masuk angin dan sistem penghadaman tidak baik.
Niat nak makan roti supaya berat badan turun tapi jadi makin naik pula. Memang ada yang mengamalkan diet roti sehingga berat badan mereka boleh turun namun ia tidak efektif. Anda kurus namun kekurangan nutrisi dan kemungkinan tinggi kolesterol. Malah terlalu banyak ambil karbohidrat boleh buat berat badan anda tidak konsisten.
Update Betting, agen judi online terpercaya dan berpengalaman di Indonesia
BalasPadamDepo/wd hanya 50rb saja.. mari daftar
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877