Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Akibat Puji Rakan Sekerja Kacak, Pembaca Berita Digantung Tugas

2 Jun 2018
2 ulasan

Seorang pembaca berita wanita digantung dari melakukan tugas oleh Kementerian Penerangan selepas memuji rupa paras rakan setugasnya semasa siaran TV sedang disiarkan secara langsung.

Wanita tersebut, Basima al-Shammar yang merupakan penyampai berita di Kuwait TV  sedang melaporkan tentang pemilihan perbandaran di Kuwait hujung minggu lalu sebelum dia bergurau memuji wartawan ketampanan wartawan lelaki secara langsung.

Basima al-Shammar dipercayai memberitahu rakan sekerjanya yang sedang membetulkan peralatan di telinganya bahawa dia tidak perlu membaiki penampilannya berikutan dirinya sudah cukup tampan dan menarik.

"Nawaf, kamu tak perlu betulkan ghutra kamu, kamu dah kacak," ucap Al-Shammar yang akhirnya membawa padah kepada pekerjaannya.

Meskipun ayat itu biasa di dengar, tetapi tetapi di Kuwait, ia dilihat sebagai godaan daripada pihak perempuan dan insiden yang tular di media sosial itu mengecewakan ramai ahli politik Kuwait.

Beberapa orang ahli politik, seperti ahli Parlimen Mohammad Al Hayef, mengambil keputusan untuk menghubungi Kementerian Penerangan, yang mengendalikan Kuwait TV supaya mengambil tindakan terhadap Basima.

"Apa yang berlaku bukan satu jenaka atau sesuatu yang lain," jelas Al-Shammar kepada Al-Arabiya.

"Sudah jadi adat komunikasi di negara Teluk, apabila anda melihat seseorang memperbetulkan pakaiannya, anda akan kata 'dah elok atau dah kacak'.

"Itulah maksud saya, dia tak perlu betulkan apa-apa kerana penampilannya sudak baik dan kami sedang menunggu dia untuk melaporkan berita."

Walaupun telah mendengar penjelasannya, Kementerian Penerangan tetap menggantung tugasnya dan melancarkan siasatan untuk menentukan sama ada dia melakukan godaan atau tidak.

Sumber- OddityCentral 
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "