Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Air Mata Azmin Ali Tumpah Ketika Berucap Kali Terakhir Sebagai Menteri Besar Selangor, Sultan Dan Tengku Permaisuri Turut Sebak

3 Jun 2018
3 ulasan

Petang semalam, 2 Jun 2018 merupakan hari yang paling meruntun hati rakyat negeri Selangor apabila Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor berucap buat kali terakhir.  Selepas 4 tahun menjalankan tugas mentadbir Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim pada 23 September 2014.

Pada 22 Mei lalu, Azmin Ali telah pun menjalankan tugas secara rasmi sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi setelah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mengumumkan barisan kabinetnya pada pertengahan Mei lalu serta selepas Azmin mendapat perkenan Sultan Selangor.

Sebagai seorang bekas Menteri Besar Selangor yang telah berkhidmat beberapa tahun, kecintaannya terhadap negeri serta rakyatnya terlalu mendalam dengan bukti sumbangan serta pembangunan yang banyak dibangunkan daripada hasil usahanya.

Dalam ucapannya, Azmin Ali berkata:

"Patik bersyukur diberikan peluang untuk menabur jasa dan bakti kepada rakyat di bawah payung kebesaran Tuanku. Namun, setiap yang baharu, pasti ada akhirnya. Setiap yang bemula ada penamatnya. Itulah lumrah alam dan hukum di kehidupan maya pada ini.

Sepanjang hayat patik, belum pernah patik berdepan dengan dugaan seberat ini untuk membuat pilihan. Selangor adalah hati dan nurani patik, negara pula adalah jiwa dan sanubari patik."


Semasa menyampaikan ucapannya, Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin turut merasa sebak dan menitiskan air mata.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Cari agen judi online aman dan terpercaya?
    Daftar disini aja www(dot)updatebetting(dot)co

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "