Menjelang kemeriahan Piala Dunia yang akan
berlangsung tidak lama lagi, maka berpusu-pusu lah Malaysian berarak ke mamak bersama teman seperjuangan. Piala Dunia
kali ini akan bertempat di Rusia, ini bermakna kita terpaksa bersengkang mata
lewat pagi untuk menyaksikan perlawanan bola sepak terkemuka, yelah bukan
selalu kan, 4 tahun sekali je. Lagipun musim Piala Dunia tahun ni sama dengan
sambutan Hari Raya. Makin meriah jadinya.
Tetapi bila bercerita tentang lepak mamak
tengok bola, pelbagai jenis ragam dan perangai yang kita dapat lihat. Berikut
merupakan 8 tabiat/perkara yang boleh buat ‘potong stim’ yang selalu kita dapat
lihat ketika menonton Piala Dunia kat mamak.
1. Kaki Jerit
Sebenarnya menjerit ketika menonton bola adalah
satu perkara yang biasa. Mustahil tengok bola sunyi sepi je kan. Sebab tu ramai
yang pilih untuk tengok bola kat mamak, suasana meriah! Tapi akan ada beberapa
orang kaki jerit sehingga mengganggu penonton lain. Player sentuh bola sikit je
pun nak jerit-jerit. Kalau dia jerit duduk takpe lagi, ini jerit siap bangun
sampai menggangu view orang lain. Tambah-tambah kita dapat duduk paling
belakang dengan TV nampak tak nampak, menyirap je rasa.
2. Kaki Komplen
Selalu
sangat jadi macam ni bila lepak mamak tengok bola. Malah kalau takde bola pun,
memang kalau lepak mamak dengan member, bergelas-gelas air atas meja. Baru
sampai je dah order dua air, masuk minit ke-10 order lagi satu cawan, minit 90
sorang paling kurang 5-6 cawan.
3. Tabiat Mamak Bukak Channel Gusti
Orang datang nak tengok bola, kau pergi bukak WWE buat ape.. syaitoonn.
3. Tabiat Mamak Bukak Channel Gusti
Orang datang nak tengok bola, kau pergi bukak WWE buat ape.. syaitoonn.
4. Pengulas Tak Berbayar
Geng macam ni memang dah biasa sangat. Orang datang mamak nak tengok game, bukan nak tengok kau mengulas. Siap buat analisis separuh masa pertama macam dia pernah jadi coach bola sepak, padahal dok main game FIFA je kat rumah.
5. Mulut Busuk
Mulut busuk disini juga merujuk kepada bau mulut, bukan sahaja mulut celupar. Mulut celupar termasuk dalam golongan no 1 tadi. Piala Dunia tahun ni kita terpaksa bangun awal pagi untuk ke mamak tengok bola. Perkara biasa buat kaki bola mamak, tapi bau mulut tu tolong kawal sikit. Kesian kat member lain.
Korang nak tau tak, kalau berus gigi pun hanya mampu bersihkan 25% mulut korang. Sebab tu kena kumur dengan Listerine bersungguh-sungguh selama 30 saat lepas gosok gigi, barulah datang mamak dalam memastikan nafas yang segar.
6. Order Air Penuh Meja
Selalu sangat jadi macam ni bila lepak mamak tengok bola. Malah kalau takde bola pun, memang kalau lepak mamak dengan member, bergelas-gelas air atas meja. Baru sampai je dah order dua air, masuk minit ke-10 order lagi satu cawan, minit 90 sorang paling kurang 5-6 cawan.
7. Order Sampai Lambat
Satu lagi
aspek penting bila lepak mamak, kita mahukan servis yang pantas, cekap dan
efisyen. Jadi bila order air pun kena tunggu sejam, memang potong stim!
8. Kaki Mengelat Nak Bayar
Order
sampai 4-5 gelas air siap makan nasi kandar lauk sotong. Tapi masuk je minit
89, tiba-tiba hilang macam ninja tak nampak muka. Katanya ke tandas, rupanya terus balik ke
rumah dengan alasan bini panggil.
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877
Dukung tim bola kesayangan Anda dengan pasaran bola terbaik di www(dot)updatebetting(dot)co
BalasPadamAJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
BalasPadamPoker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)