Hari Raya Aidilfitri adalah antra hari kebesaran yang disyariatkan bagi umat Islam, berlaku pada setiap 1 Syawal selepas tamatnya puasa selama sebulan. Kedatangannya disambut meriah dengan persiapan pakaian baru, rumah dihias, kuih-muih dan sebagainya.
Namun jangan dilupa, sambutan yang meriah ini juga perlu diraikan dengan melaksanakan ibadah dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Dibawah ini antara amalan-amalan khusus yang boleh ditunaikan menjelang Raya, Jumaat ini. Mari kita sama-sama mengimarahkan ibadah, semoga bermanfaat!
Amalan Sunnah Di Pagi Hari Raya Aidilfitri
1. Mandi di pagi Aidilfitri
Disyariatkan bagi kaum muslimin untuk mandi pada pagi Aidilfitri berdasarkan athar dari `Umar bahawa beliau mandi sebelum keluar untuk bersolat Aidilfitri [HR. Malik]
Amalan Sunnah Di Pagi Hari Raya Aidilfitri
1. Mandi di pagi Aidilfitri
Disyariatkan bagi kaum muslimin untuk mandi pada pagi Aidilfitri berdasarkan athar dari `Umar bahawa beliau mandi sebelum keluar untuk bersolat Aidilfitri [HR. Malik]
2. Memperindah diri di pagi Aidilfitri
Kaum muslimin juga dianjurkan agar memakai pakaian yang terbaik dimilikinya untuk pergi ke solat Aidilfitri, dengan itu Imam al-Bukhari membuat bab khas dalam kitabnya al-Jami’ al-Sahih – Bab kedua hari raya dan memperindah diri padanya”.
Memperindah disini bukanlah bermaksud memakai pakaian baru sebagaimana yang difahami sesetengah orang, namun ia bermaksud memakai pakaian yang terbaik yang telah sedia dimiliki, berwangian bagi lelaki dan lain-lain.
3. Takbir Aidilfitri
Disyariatkan juga untuk bertakbir pada hari Raya bermula dari masuknya malam Aidilfitri selepas terbenam matahari, dan berhenti apabila solat Aidilfitri dilaksanakan.
Perlu diingat bahawa laungan takbir ini dilakukan dengan penuh semangat, dengan nada suara yang kuat serta lantang kerana ia bertujuan membesarkan Allah SWT, bukannya dengan nada sayu dan sedih sebagaimana yang biasa dilakukan sesetengah kita.
4. Makan sebelum keluar bersolat Aidilfitri
Disyariatkan juga sebelum keluar ke solat Aidilfitri agar terlebih dahulu makan sebagaimana kata al-Bukhari dalam Jami’ al-Sahih. Dan makanan yang terbaik ialah tamar, bahkan disunnahkan memakan tamar dengan bilangan yang ganjil, ini sebagaimana yang thabit dari Baginda SAW dalam hadith yang Sahih, antaranya kata Anas:
Maksudnya: “Pada hari raya Rasulullah SAW tidak keluar untuk melaksanakan solat Aidilfitri hinggalah beliau makan beberapa biji tamar terlebih dahulu”. [HR. al-Bukhari, no.961], dan dalam riwayat lain menyebut:
“dan Baginda memakannya dengan bilangan yang ganjil” [HR. al-Bukhari, no. 961].
5. Berjalan kaki ke tempat solat Aidilfitri
Disyariatkan juga agar keluar ke tempat solat Aidilfitri dengan berjalan kaki sekiranya mampu, jika tidak mampu maka tiada halangan untuk menaiki kenderaan.
Disunnahkan
agar bertakbir secara kuat sejak keluar rumah dan juga sepanjang berjalan kaki atau menaiki kenderaan, hinggalah solat Aidilfitri. Sesetengah manusia keluar rumah tanpa melaungkan takbir, mereka berjalan secara diam dan hanya mula bertakbir apabila telah sampai di tempat solat Aidilfitri, amalan ini bercanggah dengan sunnah.
6. Pulang dari solat Aidilfitri jalan berbeza
Disyariatkan agar seseorang itu pulang susudah mengerjakan solat Aidilfitri dengan mengikuti jalan yang berbeza dari jalan yang digunakan untuk datang menghadiri solat. Ini sebagaimana yang thabit dari Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Jabir katanya
“Adalah Nabi SAW jika bersolat Aidilfitri, Baginda mengambil jalan yang berbeza antara pergi dan pulang” [HR. al-Bukhari, no. 994].
7. Ucapan tahniah pada hari Aidilfitri
Dianjurkan untuk mengucapkan tahniah selamat hari Raya pada hari Aidilfitri, namun ia bukanlah satu kemestian. Kata al-Hafiz al-Muhaddith `Abdul `Aziz Marzuq al-Tharifi :
Maksudnya: “Mengucap tahniah Aidilfitri dengan ucapan : (Taqabbalallah hu minna wa minka) tidaklah jelas bahawa Sahabat dan Tabi’in mengamalkannya secara konsisten, kerana itu berkata Imam Malik: “aku tidak mengetahuinya tetapi aku tidak mengingkarinya”, walhal Imam Malik ialah imam yang paling dekat pengetahuan berkenaan hal keadaan mereka (para Salafussoleh)”
Dan berkata al-Tharifi lagi:
Maksudnya: “Ucapan tahniah Aidilfitri boleh dilakukan dengan apa juga cara sebutan yang baik maknanya, tidak thabit dalam hadith (yang marfu’) akan cara sebutan tertentu, yang paling kuat hanya ucapan tahniah sesama sahabat, mereka berkata: Taqabbalallah hu minna wa minka atau taqabbalallahu minna wa minkum, baik isnadnya mengikut Imam Ahmad”.
Dengan itu boleh seseorang itu mengucapkan sebarang cara sebutan tahniah yang baik “Selamat Hari Raya”, “Happy `Eid”, “Kullu `Aam wa Entum Bi Khair”, “Minal `Eidin wal Faizin”, “Kullu Sanah wa Antum Tayyib” dan sebagainya.
8. Bergembira pada hari Aidilfitri
Begitu juga dianjurkan dalam hadith-hadith Sahih untuk bergembi
ra pada hari Aidilfitri, sama ada dengan menyanyi atau bermain-main di paginya. Hari raya atau `Eid al-Fitr adalah hari bergembira dan bukannya hari bersedih.
9. Bermaaf-maafan di pagi Aidilfitri
Meminta maaf itu adalah sejurus selepas menyedari akan kesilapan yang dilakukan, bukannya khusus di pagi hari Aidilfitri. Sedangkan hari Aidilfitri itu hari mengucapkan tahniah dan doa agar amalan meminta maaf di pagi Aidilfitri yang diamalkan sesetengah kaum,itu adalah adat mereka dan ia bukanlah satu kemestian.
10. Menziarahi Kubur di pagi Aidilfitri
Tidak disyariatkan untuk menziarahi kubur pada pagi Aidilfitri, bahkan mengkhususkan amalan menziarahi kubur pada pagi Aidilfitri bukan dari sunnah Nabi SAW.
Hukum bagi ziarah kubur adalah sunnat, kerana ia boleh mengingatkan seseorang tentang kematian dan hari akhirat.
Dalam hadis Nabi S.A.W sebagaimana yang diriwayatkan Imam Muslim dari Abu Hurairah R.A dia berkata:"Nabi S.A.W menziarahi kubur ibunya lalu dia menangis dan orang yang disampingnya juga menangis, kemudian dia bersabda:
( استأذنت ربي في أن أستغفرلها فلم يؤذن لي، واستأذنته في أن أزور قبرها فأذن لي، فزوروا القبور فانها تذكر الموت )
Maksudnya:"Aku meminta izin dari Tuhanku untuk aku beristighfar baginya (bagi ibuku), maka Dia tidak memberi keizinan kepadaku, dan aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya maka Dia (Allah) membenarkanku, maka ziarahilah kubur kerana ia boleh mengingatkan kepada kematian".
Ibnu Majah meriwayatkan dengan sanad yang sahih sabda Nabi S.A.W:
( كنت نهيتكم عن زيارة القبور، فزوروا القبور فانها تزهد في الدنيا وتذكر الأخرة
Maksudnya:"Adalah aku dahulunya menghalang kamu dari menziarahi kubur, maka (sekarang) ziarahilah kubur, kerana ia boleh menjadikan kamu zuhud terhadap dunia dan mengingati akhirat".
Dengan ini kita dapat simpulkan bahawa menziarahi kubur selepas dari sembahyang hari raya, jika ia bertujuan untuk mengambil peringatan dan mengingati mereka yang telah mati yang dahulunya bersama-sama mereka berseronok di hari raya, serta memohon rahmat dari Allah S.W.T untuk
mereka dengan berdoa, ini tidak mengapa dilakukan oleh orang lelaki.Adapun bagi perempuan, hukum mereka menziarahi kubur adalah makruh dan sebolehnya dihindari.
Hukumnya makruh bagi perempuan dibimbangi akan berlakunya perkara yang haram seperti meratap dan lain-lain, jika perkara haram tersebut tidak dapat dielakkan maka hukum menajadi haram
Adapun menziarahi kubur selepas solat hari raya untuk memperbaharui kesedihan dan untuk menerima takziah di atas kubur, atau dengan mendirikan bangsal dan menyediakan tempat untuk menerima takziah, maka ia adalah perbuatan yang ditegah.
Hari tersebut adalah hari raya, hari bergembira dan berseronok yang sepatutnya tidah ditimbulkan perasaan sedih pada hari tersebut
[Ahsanul Kalam Fil-Fatawa Wal-Ahkam, Sheikh 'Athiyyah Saqr, Jilid: 6, MS: 646-647]
Sumber: Masjid Al-Ubudiyah Seksyen 19
Cari agen judi online aman dan terpercaya?
BalasPadamDaftar disini aja www(dot)updatebetting(dot)co
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877
AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
BalasPadamPoker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)
ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
BalasPadampin bb#58ab1
Untuk mempermudah kamu bermain guys ajoqq menghadirkan 7 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
BalasPadamdimana lagi kalau bukan di ajoqq,,, Pin BB: 58cd29
ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
BalasPadampin bb#58ab1
Bonus Meriah Menyambut Piala Dunia 2018 hanya bersama BOLAVITA !
BalasPadamB O L A V I T A - Bandar Piala Dunia 2018 memberikan Bonus-Bonus Meriah Mulai Dari Bonus Deposit Sampai Rp 1.000.000,-
Serta Bonus Cashback Sampai 15% !! Untuk info lebih jelas silahkan hubungi kontak di bawah ini :
© 2018 Agen Bola Tangkas Tangkasnet
88Tangkas 368MM Online Bolavita
Merupakan Agen Resmi Sabung Ayam,
Casino Online, Bola Tangkas Online :
Tangkasnet, 368MM, 88Tangkas Mickey
Mouse. Dapatkan Freebet Gratis Tanpa
Deposit dengan Menjadi Anggota Kami dan
Dengan Deposit di Agen Bola Terpercaya.
Kami Selaku Agen Bola Yang Selalu
Memberikan Kepuasan Pelayanan Terhadap
Member, Peningkatan Kualitas Layanan
Menjadi Visi Kami Menjadi Agen Judi Online
Terbaik Sepanjang Tahun
Agen Bola Tangkas Tangkasnet 368mm
88Tangkas 88Tangkas Online Terpercaya |
Theme Designed by: Agen Bola Terpercaya
wechat : bolavita
line : cs_bolavita
whatup : +6281377055002
Mohon maaf jika postingan ini menyinggung perasaan anda tapi saya hanya mau menceritakan pengalaman pribadi saya yang mengubah kehidupan saya menjadi sukses sekarang. dulu Saya bekerja di Singapura, tapi saya tidak menyerah dengan keadaan saya, tetap ikhtiar. Dulu pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos. sempat saya putus asa,gaji pun selalu di kirim ke indonesia untuk biaya anak sekolah, sedangkan hutang banyak, kebetulan buka-buka internet mendapatkan nomor hp Mbah Suro +6282354640471 katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan Pesugihan Dana Ghaib. dengan keadaan susah jadi saya coba beranikan diri hubungi dan berkenalan dengan beliau Mbah Suro, Dan saya menceritakan keadaan saya. Beliau menyarankan untuk mengatasi masalah perekonomian saya dengan Pesugihan Dana Ghaib nya. Dan alhamdulillah benar-benar terbukti nyata hasil nya sekarang. terima kasih banyak ya allah atas semua rerjekimu ini. Beliau juga bisa bantu seperti Pemasangan nomer Togel,pelet, dll
BalasPadam