Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) ''Sempoi Je Masuk Gear Macam Rossi'', Aksi Comel Sultan Johor 'Merempit' Bersama Permaisuri Buat Netizen Terhibur

22 Mei 2018
No Comment

Tidak perlu dipertikaikan lagi, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar merupakan antara salah seorang sultan yang sangat terkenal bukan sahaja kerana berjiwa rakyat malah sikap baginda yang mesra. Bukan sahaja di luar baginda jelas disenangi rakyat, malah di media sosial, perwatakannya yang sempoi dan bersahaja selalu membuatkan netizen terhibur.

Semalam, video yang dimuat naik oleh Tunku Idris di instagram pula menunjukkan aksi lucu Sultan Ibrahim menunggang motosikal secara agak laju sambil membonceng permaisuri, Raja Zarith Sofiah. Rakaman tersebut telah tular dan mendapat lebih dari 200k tontonan. Ramai netizen ternyata geli hati dengan gelagat baginda yang disifatkan sangat sporting dan suka mengusik.

A post shared by @tunku_idris on

A post shared by @tunku_idris on

Di ruangan komen, ramai netizen yang memuji sikap baginda yang sempoi. Tambah menarik perhatian mereka apabila mendengar permaisuri yang menjerit kerana diusik baginda apabila motosikal dipecut laju. Ramai juga yang risau, tetapi menyifatkan aksi Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah sangat sweet dan romantik.

Aksi ini dipercayai dirakam berdekatan Padang Polo DiRaja di Istana Pasir Pelangi.





Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "