(Video) Kisah Inspirasi Bila Anak Ini Enggan Ke Sekolah, Wanita Ini Bawa Anaknya Ke Jalanan Kutip Botol Supaya Sedar Susahnya Kehidupan Tanpa Ilmu
Sepasang suami isteri dari Thailand ini ternyata mempunyai cara yang sangat istimewa untuk mendidik anak mereka mengenai kehidupan apabila si kecil ini enggan ke sekolah.
Tidak ditengking dan jauh sekali untuk dipukul, mereka sebaliknya sanggup mengambil cuti dan meluangkan masa satu hari semata-mata untuk memberikan pengajaran berguna buat anak mereka.
Apabila anak mereka yang berusia 5 tahun enggan ke sekolah, Nuttanitcha Chotsirimeteekul dan suaminya tidak melatah, tetapi kanak-kanak tersebut perlu lakukan sesuatu untuk membolehkan dia tidak ke sekolah.
Ibu bapa ini kemudian membawa anak mereka yang masih mentah ini ke jalanan di tempat mereka tinggal untuk memungut barangan lusuh seperti botol plastik dan tin minuman. Sampah yang dipungut itu kemudian akan dijual untuk mendapatkan wang.
Dalam perkongsian yang dimuat naik oleh wanita ini di akaun Facebook miliknya, dia memberitahu mereka menyelusuri jalan sejauh 2.2 kilometer menemani anak mereka keluar 'mencari rezeki'. Anak kecil itu hanya mampu memungut barangan untuk dijual seberat 2 kilogram yang bernilai hanya 2 Bath ( RM 0.25).
''Ibu, boleh kita naik bas untuk pulang nanti?'' tanya anak kecil itu pada ibunya.
''Sudah cukupkah wang kamu? Tambang bas untuk pulang bernilai 10 Bath.'' balas ibunya.
''Tidak.'' jawab anak kecil ini.
''Jadi kita perlu mencari lebih banyak botol untuk mendapatkan lebih banyak wang,'' kata ibunya pula.
''Tak apalah, saya akan berjalan.''
Ketika dalam perjalanan untuk pulang. Anak kecil ini menyuarakan satu lagi hajat di hati.
''Saya mahu makan ais krim'', katanya.
''Harganya 5 Bath, wang kamu cukup?'' soal ibunya kembali.
''Tidak, saya tidak mahu lakukan ini lagi.
''Saya nak pulang, saya sangat panas dan penat,'' anak kecil ini mula merengek manja.
Ibu ini turut berkongsi gambar anaknya yang dilihat sedikit tidak terurus dengan peluh dan muka yang terkena kotoran.
Ujar Chotsirimeteekul, masa yang diluang oleh mereka nyata memberi pengajaran yang sangat berguna kepada anak kecil itu mengenai kesukaran untuk menjalani kehidupan. Malah, mereka sebagai ibu bapa juga perlu menjadi teladan untuk anak mereka.
Katanya, suatu hari nanti anak mereka akan sedar sebesar mana dugaan dan ranjau yang perlu ditempuh, ibu bapanya tetap kekal di sisinya untuk menemani dan memberi semangat.
Perkongsian penuh inspirasi yang dibuat oleh wanita ini mendapat pujian daripada ramai pihak. Malah kisah mereka sekeluarga dan bagaimana mereka mendidik anak dikongsi menjadi viral, bukan sahaja di Thailand bahkan hingga ke negara yang lain.
Sumber : Asiaone, Nuttanitcha Chotsirimeteekul
Kecewa? Kalah melulu main di agen lain?
BalasPadamMari main disini saja di www(dot)updatebetting(dot)com
AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
BalasPadamPoker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)