Seorang pemain luncur air berasal dari Brazil telah berjaya memecahkan rekod dunia kerana berjaya 'menakluki' gelombang ombak terbesar dunia pada tahun lalu.
Rodrigo Koxa meluncur dengan ombak setinggi 80 kaki (24.4 meter) di Nazare, Portugal, pada 8 November 2017.
Kejayaan itu membuatkan Kox dianugerahkan Rekod Dunia Guinness pada malam Sabtu lalu di Anugerah Big Wave World Surf League kerana sekali gus telah mempertaruhkan nyawanya meluncur pada ombak tertinggi setakat ini.
Rekod sebelum ini didahului oleh Garrett McNamara dengan ketinggian ombak sebanyak 78 kaki (23.77 meter) pada tahun 2011.
Juga pada anugerah tersebut, rakan senegara Koxa, Lucas Chianca dianugerahkan trofi Prestasi Keseluruhan Terbaik Bagi Lelaki dan kategori wanita diungguli oleh peluncur dari Hawai, Paige Alms yang telah memenangi kategori itu sebanyak tiga kali.
Siakapkeli.my
Sumber: Daily Mail
Kalah melulu main di agen lain? Kecewa dengan agen lain?
BalasPadamDaftar disini saja Upd4te Bett1ng
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877