Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ustaz Minta Maaf Kerana Ketegasan Ustaz Menegur, 'Mengguris' Hati Kalian - Da'i Wan

22 Mei 2018

Baru-baru ini, video parodi terbaru dari Faiz Roslan dan rakan-rakannya telah menimbulkan kontroversi hangat di media sosial. Ramai netizen yang mengecam kerana video itu dianggap keterlaluan dan tidak menghormati bulan Ramadhan. Tidak ketinggalan, pendakwah muda Wan Dazrin Wan Din atau lebih dikenali sebagai Da'i Wan yang turut memberi teguran hingga menimbulkan perbalahan antara mereka.

Namun, bagi memulihkan keadaan kesemua mereka telah dijemput oleh pihak Astro bersama PU Azman untuk menjayakan satu rakaman. Pertemuan itu telah dimuat naik oleh Da'i Wan di laman instagram miliknya, dengan memberi nasihat yang berguna kepada ketiga-tiga anak muda ini. Moga nasihat yang disampaikan oleh para ilmuwan diambil sebagai pengajaran oleh setiap dari kita. 

Mereka hadir membawa senyuman ketika bertentangan dengan saya tadi. Namun saya tahu hati mereka berkocak, tidak keruan mahu membuat apa. 


Saya santuni dengan salam. Saya kata jangan takut. Saya tidak memarahi kalian pun. Mereka senyum balik tapi mata masing-masing tidak terarah menunjukkan kegementarannya.

Pertemuan ini adalah suatu yang dinantikan bagi semua yang mengikuti perkembangan kita. Saya harap dari saat teguran saya sampailah ke hari ini, ia menjadi titik kesedaran dan kekesalan yang mendalam buat kalian dan akan kalian ingat sampai bila-bila.

Kalian pilih untuk berasa takut kerana Allah dan cuba untuk tidak mengulangi lagi. Sekaligus apa yang terjadi mengajar kalian sebelum bertindak sesuatu maka berfikir dengan panjang.


Sebagai umat Islam. Saya sayangkan kalian kerana Allah. Saya nak kalian gunakan medium yang kalian ada sebagai jalan kreativiti yang membina dan menjana minda masyarakat. Ia bukan sahaja membuahkan faedah bahkan pahala lagi dan itulah kunci untuk kita ke syurga Allah swt.

Untuk kalian bertiga :

Sebelum Ustaz pulang tadi, Ustaz sempat minta maaf pada kalian bertiga andai kata dalam ketegasan Ustaz menegur kali ini Ustaz mengguris hati kalian, walaupun Ustaz memang dibenarkan untuk berbuat demikian dan itulah cara yang terbaik untuk sampai ke tahap ini dan kalian akhirnya sedar.

Ustaz datang sendiri dan bawa diri Ustaz utk bersalaman dengan kalian. Itu tanda Ustaz cuba untuk mencipta kasih dalam berbelah bahaginya hati kalian. Ustaz cuma nak bagitahu yang Ustaz sayangkan kalian yang masih muda ini. Jadilah manusia yg bermanfaat. Umur masih panjang. Biarkan ia diiringi dengan keberkahan.

Yang benar, seorang hamba yang menasihati hamba-hamba yang lain demi untuk syurga Ilahi.

Mereka hadir membawa senyuman ketika bertentangan dengan saya tadi. Namun saya tahu hati mereka berkocak, tidak keruan mahu membuat apa. Saya santuni dengan salam. Saya kata jangan takut. Saya tidak memarahi kalian pun. Mereka senyum balik tapi mata masing-masing tidak terarah menunjukkan kegementarannya . Pertemuan ini adalah suatu yang dinantikan bagi semua yang mengikuti perkembangan kita. Saya harap dari saat teguran saya sampailah ke hari ini, ia menjadi titik kesedaran dan kekesalan yang mendalam buat kalian dan akan kalian ingat sampai bila-bila. Kalian pilih utk berasa takut kerana Allah dan cuba utk tidak mengulangi lagi. Sekaligus apa yang terjadi mengajar kalian sebelum bertindak sesuatu maka berfikir dgn panjang. Sebagai umat Islam. Saya sayangkan kalian kerana Allah. Saya nak kalian gunakan medium yang kalian ada sebagai jalan kreativiti yang membina dan menjana minda masyarakat. Ia bukan shj membuahkan faedah bahkan pahala lagi dan itulah kunci utk kita ke syurga Allah swt. . . Utk kalian bertiga:. . . Sebelum Ust pulang tadi, Ust sempat minta maaf pada kalian bertiga andai kata dalam ketegasan Ust menegur kali ini Ust mengguris hati kalian, walaupun Ust memang dibenarkan untuk berbuat demikian dan itulah cara yang terbaik untuk sampai ke tahap ini dan kalian akhirnya sedar. Ust datang sendiri & bawa diri Ust utk bersalaman dgn kalian. Itu tanda Ust cuba utk mencipta kasih dalam berbelah bahaginya hati kalian. Ust cuma nak bagitahu yang Ust sayangkan kalian yang masih muda ini. Jadilah manusia yg bermanfaat. Umur masih panjang. Biarkan ia diiringi dengan keberkahan. . . Yang benar, seorang hamba yang menasihati hamba2 yang lain demi utk syurga Ilahi.
A post shared by Da'i Wan (Official) (@wandazrin) on

Siakapkeli.my

Sumber : wandazrin
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "