Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Terkini: Polis Masuk Kediaman Najib, Bawa Keluar Sejumlah Kotak

16 Mei 2018


Kuala Lumpur, 16 Mei - Rumah Bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, telah dimasuki oleh sepasukan polis sebentar tadi.

Media melaporkan lebih dari sedozen kereta dan trak polis dilihat menuju masuk ke rumah bekas pemimpin negara terbabit sebentar tadi.

Bernama menerusi satu video melaporkan pada 8.18 malam, sebuah kereta Toyota Vellfire yang dipercayai dinaiki oleh Najib keluar dari kediaman rumah terbabit sebelum pulang semula pada jam 9.53 malam.

Tidak lama selepas itu, iaitu pada 10.15 malam, beberapa kereta dan trak polis dilihat memasuki kawasan kediaman terbabit sebelum membawa keluar beberapa kotak dokumen dari rumah berkenaan.

Dipercayai kotak-kotak terbabit mengandungi dokumen-dokumen yang berkaitan dengan 1MDB yang kini sedang berada dalam siasatan.

Turut difahamkan polis turut berada di empat lagi lokasi iaitu di Kompleks Seri Perdana, Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, Pavilion Tower A dan Pavilion Tower B.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan dibuat pihak polis berhubung perkembangan terkini ini.


Sebelum itu, akaun Twitter Najib Razak telah memuat naik beberapa foto Najib menunaikan solat terawih di Masjid Kampung Baru.

Dalam satu kemaskini terbaru, pihak polis telah mengesahkan menggeledah rumah Najib Razak namun enggan mendedahkan apa yang pihaknya cari.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Update Betting agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar..

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "