Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Saya Tegur, Tapi Tidak Didengar'', Nazir Razak Sifatkan Ketegaran Dan Pentingkan Diri Pemerintah Lama Jadi Punca Teguran Tak Diterima

13 Mei 2018
4 ulasan

Umum sudah pun mengetahui bahawa Malaysia kini bertukar tangan kepada pemerintahan baru setelah 60 tahun ditadbir oleh Barisan Nasional, dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 yang lalu. Pakatan Harapan yang diketuai Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir ketika itu berjaya memenangi majoriti mudah kerusi Parlimen sekaligus berjaya membentuk kerajaan baru. Manakala, Tun Mahathir sekali lagi diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Kekalahan BN telah mendapat reaksi pelbagai daripada segenap lapisan masyarakat yang memberi pendapat masing-masing terhadap keputusan pilihanraya yang dianggap bersejarah kepada ramai pihak.

Antara yang turut memberi reaksi terhadap kebangkitan suara rakyat itu adalah Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak, yang juga merupakan adik kepada Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut beliau, kegagalan pentadbiran terdahulu untuk berubah dan memperbetulkan keadaan antara punca utama ia ditolak rakyat.

Ujarnya, beliau sudah sering kali mengingatkan mereka yang berkuasa ketika itu agar membuat pembetulan dalam pentadbiran negara, namun teguran tersebut tidak pernah didengar.

''Saya sudah mencuba banyak kali untuk menegur pentadbiran dahulu, yang Malaysia perlu diperbetul, namun ia gagal disebabkan ketegaran dan kepentingan diri pemerintah lama.

''Kini anda boleh melakukannya,'' kata beliau dalam satu kemas kini di akaun Instagramnya ketika menyampaikan ucapan tahniah kepada Tun Mahathir di atas pelantikan semula sebagai Perdana Menteri.

''Malaysia, ikon demokrasi baru,'' ujarnya lagi yang turut berkongsi hubungan baik Tun Mahathir dengan bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Katanya, kedua-dua pemimpin tersebut mempunyai tekad yang sama untuk membawa Malaysia ke taraf yang lebih baik.

Di akhir perkongsian tersebut, beliau turut berdoa agar hasrat kerajaan semasa untuk mewujudkan Malaysia Baru tercapai.


Congratulations YAB Tun Mahathir, 7th PM of Malaysia. No words can adequately describe the journey back to his old office. Malaysia has also defied the odds and global trends with this peaceful transition of power in line with the will of the people- Malaysia, new icon of democracy. Tun M has always gone to great lengths to praise his mentor Tun Razak (even at the height of tensions with Najib and UMNO). Both of them share the same determination to nation-build to the best of their ability and limits of personal sacrifices. I wish the new PM and his team every success in building the new Malaysia as envisaged in the PH manifesto. As I have argued ad nauseam, Malaysia needs major recalibration, but all attempts under the old order failed due to structural rigidities and vested interest. Now you can!
A post shared by Nazir Razak (@nazir.razak) on


Sumber : Instagram Nazir Razak
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Mari coba keberuntungan Anda disini updatebetting
    Kontak bbm 7ACD8560 :)

    BalasPadam

  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam
  3. Untuk mempermudah kamu bermain guys ajoqq menghadirkan 7 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di ajoqq,,, Pin BB: 58cd292c

    BalasPadam
  4. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "