Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Di Sebalik PRU 14, Kisah Kegigihan Pelajar Malaysia Luar Negara Mengundi Wajar Diberi Pujian

13 Mei 2018
4 ulasan

Di sebalik PRU 14 yang menyaksikan pembentukan kerajaan baru pertama kali dalam sejarahnya, ada kisah kegigihan rakyat yang wajar diberi pujian. Semangat untuk mengundi rakyat Malaysia jelas luar dari kebiasaan sebelumnya apabila ramai yang pulang untuk mengundi. Tidak ketinggalan para pelajar dan rakyat negara ini yang tinggal di luar negara, di mana mereka mengundi menggunakan sistem pos.

Tetapi apa yang dikongsikan oleh Yasmin Khaleeda seperti yang tular di laman sosial, membuatkan rakyat Malaysia bangga akan kegigihan mereka dalam menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat. Undi pos dikatakan tidak sampai pada waktu yang betul sehingga hampir mematahkan semangat mereka untuk mengundi. Namun atas kerjasama dan usaha semua, undian dapat dibawa 'pulang' dengan selamat ke tanah air melalui seorang wakil.

Usaha gigih mereka ini harus dipuji, biarpun jauh dari negara, kewajipan sebagai rakyat Malaysia tetap ditunaikan walau menghadapi dugaan. Tahniah !

Aku jarang nak menulis kat sini, tapi hari ni aku nak cerita kat korang,  A very Great Story #GE14 #PRU14.

Aku, aku tak pernah rasa aku ni baik sangat tapi Allah pertemukan aku dengan orang yg baik. Di saat kertas undi aku yang dihantar oleh SPR (*yang sangat amanah lagi telus katanya*) sampai kat alamat university aku pada jam 10.41 pagi waktu london (waktu malaysia: 5:41petang) 8 May 2018, aku dah give up.

Sedih. Kecewa. Nak undi pos? less than 24 hours? Sampai ke sebelum 5.00 petang 9 May 2018? Aku lagi kecewa dari marah. Malah ada yang cakap “tak perlu lah undi, kau tu pelajar tajaan kerajaan, takut jadi apa apa nanti”.

Kecewa dengan statement di atas. Aku pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, bukan tajaan jabatan Barisan Nasional atau jabatan Pakatan Harapan. Tolong ingat ni.

Ye, aku give up. Nak simpan je kertas undi tu. Tapi Allah Maha Kuasa, Maha Kaya, Maha Mengetahui.

Kawan aku Saharah Zolkefle, inform aku yang ada sorang malaysian nak balik malaysia pukul 2:00 petang kejap lagi dari Heathrow Airport. Sekarang pukul 11 pagi. Aku ada masa 3 jam untuk selamatkan negara.

Aku tak fikir, aku terus dengan selipar jepun pergi ambil sampul undi dari post office university terus pecut naik uber £18.00 ke Heathrow Airport. Tengah kelam kabut nasib baik ternampak kelibat Nashreen Idris nak pinjam pen.

Aku pun dalam Uber tengah nak pangkah ni, alamak, gegar la pulak camne nak pangkah. Lagipun aku perlu kan signature saksi untuk validate kertas undi.

Then aku pun Dm Facebook kawan yang nak fly balik ke malaysia tu, Amira Shaffee. Dia cakap last 1.20petang nak boarding. Dan dia tunggu di kaunter F.

Berbekal kan semangat Saharah dan pen Nashreen dan kebaikan Amira dan abang Uber botak yg baik hati, dan £18.00 duit aku,aku sampai di Heathrow Airport pukul 12:50 petang. Berlari lari kecil ke kaunter F. Jumpa!

“Amira kan? Boleh tolong sign kan sebagai saksi?”

“Yes boleh”

Tanpa tanya asal usul, kau siapa aku siapa, kau undi apa, aku undi siapa, kami berkenalan. Hebat kuasa Allah. Ramai Malaysian di situ. Semua baru dapat kertas undi pagi tadi (pagi 8 May2018) sama macam aku. Ni baru kat area London? Area lain? Yang tak dapat nak naik uber macam aku? Kesian. Sedih.

Kami sayang negara kami. Aku pun duduk di satu sudut nak pangkah lurus lurus supaya tak undi rosak. Then lebih kurang 30 minit sebelum boarding, masih ramai yg berlari lari ke sini. Bangga dengan mereka, mempunyai semangat yang sama. Demi Negara.

Then after that, baru tahu yang nak fly balik Malaysia adalah Chui Yee Lim, dia sedang sibuk kumpulkan sampul undi mengikut area supaya senang nak di pass kepada runners bila dah sampai di KLIA nanti.

Amira Shaffee yang sebarkan maklumat tentang penerbangan Yee Lim di Facebook dia dah maklumat itu sampai kepada aku melalui saharah.

Hebat Kuasa Allah. Kami antara Malaysian di situ saling meluahkan perasaan bertapa tidak adil nya proses mengundi kali ini buat kami di overseas. Sangat tidak adil. Kami diberikan kertas undi di saat-saat akhir.

Selepas semuanya selesai, masing masing mengukirkan senyuman dan Chui Yee Lim pun berlepas ke Malaysia.

Semua malaysian di situ berasa sedikit lega. Ada yang naik uber dari brighton £180, ada yang masih mempunyai presentation di university selepas ini, ada yang gendong anak, ada yang dari tempat kerja, ada yang on the spot beli tiket train, ada yang baru balik gym terus datang, banyak lagi aku tak tahu diorang punya effort nak datang ke Heathrow Airport. Baru aku sedar, apalah sangat aku ni dari university aku naik uber £18.00.

Aku bangga dengan mereka. Selepas bertukar tukar contact details, aku balik ke univeristy, tapi kali ni naik bas je £1.50. Aku sambung balik revision untuk exam aku jumaat ni (11may2018) yang tergendala pagi tadi kerana misi menyelamatkan negara.

Aku tak sedar aku nangis. Sebab perasaan yang aku rasa sepanjang proses tadi, aku tak dapat nak gambarkan dengan kata kata. All the things i have done, all the people that i have met, Allah saja yang tahu. Terima kasih Allah.

Hari ni aku bangun tidur dengan semangat nak tahu keputusan undi. Dalam pukul 9:30 pagi london, waktu malaysia (4:30petang) hari ni 9 May 2018, aku dapat whatsapp dari Feli. Dia adalah runner yang hantar kan kertas undi aku ke Rembau sebab aku mengundi parlimen Rembau.

Masih ada, masih ada, masih ada yg baik hati seperti dia, volunteer untuk menjadi salah seorang runner dari KLIA ke rembau. Hanya untuk negara. Feli tak kenal aku, dia tak tahu aku undi siapa, dia tak kisah. Tapi dia ikhlas nak menolong.

Hebat kuasa Allah, hebat orang-orang Malaysia. Itu baru feli, ramai lagi orang lain yg jadi runner area parlimen lain lain. Aku tak kenal korang, tapi korang kena tahu korang hebat. Aku bangga.

Feli kata vote aku dah selamat dia sampaikan lebih kurang pukul 4.10petang. Aku takde kata kata lagi untuk berterima kasih kepada dia. Aku takde. Aku mampu doakan dia diberkati Allah selalu. Feli kata dia bangga dengan kami overseas student masih mahu mengundi walaupun jauh. Tapi dia perlu tahu, aku jauh lebih bangga dengan dia yg baik hati dan ikhlas.

Dan kenapa cerita ini dipanggil A very great story? Kerana aku berjumpa dengan orang orang hebat yang melakukan perkara perkara hebat. Mungkin pada orang lain perkara ini biasa. Tapi bagi aku korang superheroes.

Terima kasih semua. Terima kasih Allah. Semoga negara kita dipelihara dengan baiknya oleh pemimpin yang baik.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Mari coba keberuntungan Anda disini updatebetting
    Kontak bbm 7ACD8560 :)

    BalasPadam

  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam
  3. Untuk mempermudah kamu bermain guys ajoqq menghadirkan 7 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di ajoqq,,, Pin BB: 58cd292c

    BalasPadam
  4. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "