Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pegawai Imigresen 'Lepuk' Pekerja Asing Dikenakan Tindakan Tahan Kerja Serta Merta

30 Mei 2018
2 ulasan

Hari ini tular di laman sosial sebuah video yang memaparkan tindakan tidak beretika seorang pegawai dipercayai dari pihak Imigresen Malaysia (JIM) melayan seorang lelaki warga asing di sebuah kaunter milik jabatan berkenaan.

Video berkenaan mendapat begitu banyak kritikan daripada netizen di mana rata-rata mereka mengecam tindakan pegawai Imegresen berkenaan yang dianggap bertindak 'kurang ajar'.

Pihak Jabatan Imigresen Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan kenyataan berkaitan video tular berkeaan di mana tindakan telah diambil kepada pegawai berkenaan di mana pelaku telah dikenakan tindakan tahan kerja serta mereta.

Dato' Seri Mustafar ali yang merupakan Ketua Pengarah Imigresen berkata, mrujuk kepada isu video seorang Pegawai Imigresen yang bertindak dengan kasar menjadi tular di media sosial, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memandang serius perkara ini.

"Perlakuan pegawai tersebut jelas menjejaskan imej jabatan dan bertindak bertentangan kod etika jabatan dan perkhidmatan awam. Pihak jabatan tidak akan berkompromi terhadap pegawainya yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan, serta tidak akan melindungi mereka yang melakukan kesalahan sedemikian."

"Tindakan yang serius akan diambil tanpa kompromi termasuk buang kerja terhadap pegawai yang melakukan kesalahan," Katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, pihak JIM tidak akan  teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) Pindaan 2002. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Yuk segera join dan pasang taruhan mu hanya di www*updatebetting*co

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "