Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Menyeramkan, Gigi Dan Rambut Anak Patung Misteri ini Tumbuh Bagaikan Seorang Manusia

23 Mei 2018
One Comment

Sebuah anak patung di Hokkaido dikenali sebagai Okiku yang bermaksud 'Anak Patung Berhantu di Hokkaido' dipercayai berhantu apabila rambut dan giginya dikatakan tumbuh seperti manusia biasa.

Patung yang ditempatkan di sebuah kuil di Iwamizawa, Jepun ini didakwa mempunyai semangat seorang budak perempuan.

Sebenanrnya, terdapat banyak kisah lagenda mengenai patung ini, tetapi yang paling popular adalah kisah anak patung Jepun tradisional itu dibeli oleh Eikichi Suzuki, seorang budak lelaki berumur 17 tahun dari Hokkaido, yang membelinya untuk adik perempuannya pada tahun 1918.

Budak perempuan itu dikenali sebagai Kikuko berusia tiga tahun pada ketika itu dan dia sangat menggemari anak patung tersebut.


Bagaimanapun, Kikuko meninggal dunia ketika masih kecil dan membuatkan keadaan berubah menjadi aneh dan menyeramkan.

Sebagai tanda memperingati Kukiko, keluarganya telah meletakkan anak patung tersebut di sebuah kuil kecil dan menamakannya sebagai 'Okiku'.

Anak patung misteri ini mula dianggap meresap masuk semangat roh Kukiko apabila rambutnya tumbuh menjadi lebih panjang dari biasa.

Pada tahun 1938, keluarga Kikuko memutuskan untuk berpindah dari Hokkaido dan bersetuju untuk anak patung itu kekal diletakkan di bawah jagaan sami-sami di kuil Mannenji.

Sejak itu Okiku kekal di kuil berkenaan dan orang ramai sering datang ke situ untuk melihat rambut yang dikatakan tumbuh pada patung itu, tetapi mereka tidak dibenarkan mengambil gambar.

Kini, Okiku mempunyai rambut panjang sehingga paras lutut. Ia mungkin lebih panjang, tetapi para sami sentiasa memotongnya dari semasa ke semasa.

Terdapat sumber yang mendakwa, pemeriksaan saintifik terhadap anak patung itu menunjukkan bahawa rambutnya adalah rambut manusia.

Malah ada yang mendakwa jika anda berada cukup dekat dengan Okiku dan melihat mulutnya yang separuh ternganga, anda dapat melihat giginya juga tumbuh seperti manusia.

Bagaimanapun, tiada siapa yang dapat menjelaskan mengapa rambut dan gigi anak patung misteri itu terus tumbuh hingga kini.

Sumber- Odditycentral
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "