Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Harga Kelangit, Fesyen Tak Melambangkan Pakaian Kemenangan Umat Islam", Diana Kesal Rekaan Baju Raya Tak Jaga Aurat

25 Mei 2018
Menjelang raya, ramai diantara kita mula mencari-cari rekaan baju yang cantik untuk dipakai di Hari Raya nanti.  Terlalu banyak lambakan jenama-jenama tempatan yang masing-masing mengeluarkan pelbagai rekaan baju raya demi memenuhi cita rasa rakyat Malaysia.

Walaupun begitu, tahun ini menyaksikan kenaikan harga baju raya yang dirasakan hampir dua kali ganda daripada harga tahun lalu.  Ini mungkin kerana kualiti dan hasil tangan yang diberikan seiring dengan harga yang dijual.

Perkara ini turut disuarakan oleh selebriti Malaysia kita, Diana Amir yang meluahkan sedikit rasa kecewanya terhadap rekaan baju raya yang semakin mahal serta fesyen yang tidak menjaga aurat.  Baginya, baju raya harus menggambarkan kemenangan umat Islam setelah sebulan menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadhan.

Sebagai pembeli dan pemakai mungkin ada diantara kita yang mengingingkan baju yang sederhana rekaannya serta dalam masa sama masih menjaga tatasusila sebagai muslimah.  Mari baca perkongsian Diana seperti dibawah.

Bismillah.. dah start cari baju raya??

Ada 1 persoalan yang timbul dalam fikiran bila susah nak mencari baju raya yang memenuhi kriteria ni..



Cantik, banyak sangat yang cantik, and harga pun cantik, RM400 ke atas tu dah macam biasa utk diletakkan pada baju.. Ada yang kita faham kenapa diletak harga macam tu sebab kualiti, hasil tangan, branding... tp, ada yang macam ?????  Harga baju ikut trend ke ikut kualiti? .. camano den nak belanja baju cantik2 kat kaum kerabat ni.. cantik sikit ja harga terus ke langit.. (ok, x semua jangan marah )

and.. baju raya ditujukan saya rasa untuk muslimah.. wanita muslim, untuk dipakai pada hari raya, iaitu hari kemenangan umat islam selepas berjaya berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan dan menzahirkan ketaqwaan .. kan?

Tapi fesyen yang dihasilkan tak melambangkan pakaian utk wanita muslim.. tak melambangkan pakaian utk hari kemenangan umat Islam.. die cam.. Ramadhan alhamdulillah berpuasa, bertarawikh.. then tiba2 masuk bulan seterusnya ramai yang akan pakai fesyen2 itu.. Kesian kat mangsa fesyen, kita faham nak orang nampak kita yang terpaling cantik.. tapi bagaimana pandangan Dia pada kita? .

Kalaulah fashion designer yang hebat2 hasilkan karya benar2 mengikut maksud perayaan, alangkah indahnya busana itu . Rasanya tak susah pun baju yang menutup aurat ni.. labuhkan sikit depan dan belakang, panjangkan bahagian lengan.. dah terjaga aurat saudara muslimah kita 


#masihmencaribajuraya

anyways sekarang ni pun Diana tengah berbadan dua, dengan baju yang terbuka di depan, atau terpendek di belakang, lagilah susah pencarian baju raya ini .. hahahhaa...

mesti ada butik2 yang best tapi Diana je yg taktau, bolehlah tag diana cadangan butik2 yang cantik dan menutup aurat. bolehla sisters yg len tengok2 jugak

maafkan salah silap saya

Ramadhan Kareem 



Sumber: Diana Amir
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (Update Betting)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "