Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) Pelajar Kolej Ditemui Mati Dengan Kesan Jerut Dileher, Dipercayai Dibunuh

25 Mei 2018
No Comment
Memetik laporan media, seorang pelajar perempuan yang merupakan penuntut sebuah kolej di Port Dickson ditemui meninggal dunia dengan kesan jerut di tepi jalan Taman PD Pertama pada pukul 10.30 malam tadi.

Menurut rakan mangsa, dia diberitahu bahawa mangsa mahu bertemu teman lelakinya pada pukul 9 malam di kawasan berhampiran sebelum mayat mangasa ditemui satu jam selepas itu.

Image: Info Roadblock JPJ/POLIS

Tidak beberapa lama kemudian, berikutan tidak sedap hati, dia menghubungi teman lelaki mangsa dan terkejut apabila dimaklumkan lelaki itu tidak bertemu dengan mangsa.

Oleh sebab itu, dia bersama teman sebilik keluar mencari mangsa dengan menunggang motosikal dan sebaik tiba di Taman PD, mereka melihat sekumpulan pihak polis telah berkumpul di tepi jalan taman tersebut.
Image: Info Roadblock JPJ/POLIS
Saksi kejadian memaklumkan kepada media bahawa dia menemui mayat tersebut ketika mahu membuang sampah di depan rumahnya.  Dalam keadaan terkejut, dia terus memanggil jiran sebelum menghubungi pihak polis.

Sementara itu, mangsa dikatakan meninggal dunia di tempat kejadian dan dipercayai dibunuh.

Image: Info Roadblock JPJ/POLIS


Pihak polis masih menjalankan siasatan dan tiga remaja lelaki berusia 19 tahun telah ditangkap untuk membantu siasatan kes.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "