Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) Berbuka Di Rumah Kongsi, Realiti Ramadan Warga Asing Mencari Rezeki Dan Berjauhan Dari Keluarga Di Malaysia

20 Mei 2018
2 ulasan

Walaupun ada yang tidak berkenan dengan kehadiran warga asing dalam negara kita, namun tidak dapat dinafikan bahawa mereka yang datang mencari rezeki di bumi bertuah ini sebenarnya sedikit sebanyak turut membantu mengembangkan ekonomi negara. Mereka ini hadir untuk mengisi kekosongan pekerjaan di sektor-sektor 3D (Dirty, Dangerous and Dificult) yang biasanya tidak mahu diisi oleh warga tempatan.

Sektor-sektor 3D ini amat penting kepada pembangunan ekonomi negara seperti kerja-kerja di tapak pembinaan, di kilang-kilang dan perladangan. Sebilangan mereka yang hadir ini terdiri daripa saudara seagama dengan kita, terutamanya yang berhijrah daripada Indonesia dan Bangladesh, lalu bagaimana kehidupun seharian mereka ketika Ramadan menjelma, apatah lagi dalam suasana berjauhan daripada keluarga tercinta.

Sebuah laman facbook, R.AGE telah meluangkan masa untuk mengunjungi kawasan tempat tinggal warga asing ini ditengah-tengah kota ataupun dikenali dengan rumah kongsi dalam kalangan warga tempatan. Jom ikuti pendedahan perkongsian tersebut di bawah.


Di situ dapur disitu jugalah kawasan jemuran. Apabila habis sahaja waktu kerja mereka, pekerja asing ini akan segera pulang ke rumah kongsi masing-masing untuk membuat persediaan berbuka puasa.





Di kawasan rumah kongsi biasanya pekerja-pekerja asing ini akan menyediakan juadah berbuka mereka bersama-sama. Dalam gambar di atas, sekumpulan pekerja asing dari Bangladesh menyediakan juadah untuk kira-kira 50 orang rakan senegaranya yang lain. Alatan yang digunakan juga sangat ringkas. Hanya menggunakan sisa-sisa daripada kawasan pembinaan seperti batu-bata yang dijadikan tungku dan kayu dijadikan bahan bakar.



Manakala ini pula adalah penyediaan juadah berbuka puasa untuk komuniti pekerja asing warga Indonesia pula. Walaupun tinggal di penempatan rumah kongsi yang sama, dua kumpulan pekerja daripada negara yang berbeza ini akan menyediakan makanan mereka secara berasingan.





Bagi mereka yang perlu bekerja, sebaik sahaja pulang ke rumah kongsi, mereka akan membersihkan diri di kawasan mandian terbuka. Malah, di kawasan ini juga para pekerja asing yang bertugas menyediakan makanan akan membersihkan bahan mentah yang hendak dimasak.



Bermain kriket bagi pekerja asing Bangladesh atau berkumpul bersama-sama buat pekerja asing dari Indonesia adalah cara mereka meluangkan masa sesama sendiri sementara menanti juadah berbuka siap disediakan dan waktu berbuka masuk.


Tikar dihampar di kawasan lapang untuk dijadikan tempat berbuka secara berjemaah. Kelihatan warga Bangladesh menjemput seorang rakan daripada Indonesia untuk mencuba kari yang disediakan mereka.





Namun ada juga warga asing yang memilih untuk berbuka dengan ruang yang lebih privasi. Mereka ini menyediakan juadah di kawasan tempat tidur dan menggunakan peralatan memasak elektrik.



Suasana ketika berbuka bersama-sama.

Sumber : R.AGE
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Yuk segera join dan pasang taruhan mu hanya di www*updatebetting*co

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "