Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dakwa Pernah Diugut Untuk Dipecat Dan Diintip Sampai Washington, Shukri Abdul Kongsi Pengalaman Perit Ketika Siasat Kes 1MDB

22 Mei 2018

22 Mei - Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia yang baharu, Dato' Sri Haji Mohd Shukri Abdul telah mengadakan satu sidang media di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Beliau tampil dalam sidang media tersebut dan menceritakan pengalaman beliau ketika menyiasat kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum beliau dikatakan bersara awal sebelum sempat menyelesaikan kes tersebut.

Mohd Shukri mengaku menerima pelbagai ugutan dan ancaman daripada pihak-pihak yang terlibat dalam kes tersebut ketika siasatan sedang dijalankan. Beliau juga dikatakan diugut dipecat dan dipaksa bersara awal.

Atas faktor keselamatan diri dan keluarga, beliau mengambil keputusan untuk bersara dan berpindah ke Amerika Syarikat bersama keluarga. Shukri juga mengatakan sehingga ke Amerika Syarikat juga masih ada orang-orang mengintip dan mengambil gambar beliau.

Ketika beliau berada di AS, kakitangan SPRM yang bertugas dibawah beliau dalam siasatan tersebut ada yang telah diberhentikan dan 2 anggotanya dipindahkan serta-merta. Tidak dapat menahan sebak, beliau menitiskan air mata ketika berkongsi pengalaman itu.

Beliau juga berani mengaku ketika sidang media tersebut bahawa ketika siasatan sedang dijalankan hanya beberapa menteri sahaja yang berani bersuara ketika itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhiyidin Yassin, Datuk Seri Shapie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Dukung tim bola kesayangan Anda dengan pasaran bola terbaik di www(dot)updatebetting(dot)co

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "