Kopi terbukti boleh menurunkan berat badan dan menaikkan IQ. Resepi campuran kopi dengan mentega telah menjadi minuman diet popular di Amerika.
Menurut ABC Australia (31/1), minuman kopi yang ditemukan oleh David Asprey diberi nama 'Bulletproof Coffee'. Minuman tersebut merupakan modifikasi kopi berkafein yang dicampur mentega. Kopi yang digunakan berasal dari biji kopi hitam yang sudah hilang kandungan mikotoksinnya. Mikotoksin biasanya terbentuk ketika proses fermentasi.
Cukup mudah jika ingin menyediakan Bulletproof Coffee. Hanya diperlukan bahan-bahan seperti kopi, mentega, dan minyak kelapa jenis Medium-chain triglycherides (MCT). Mentega yang digunakan untuk pembuatan kopi ini adalah mentega jenis tawar.
Bahan-bahan tersebut kemudian dicampur agar menghasilkan minuman dengan rasa manis dan teksturnya creamy seperti milkshake. Bulletproof Coffee biasanya dinikmati ketika sarapan.
Dengan mengambil campuran kopi mentega ini, anda tak perlu risau soal berat badan. Ini kerana Bulletproof Coffee menghasilkan lemak yang baik sebagai bahan bakar tenaga dalam tubuh. Oleh itu, tubuh pun tidak mudah lelah, melindungi tubuh dari timbunan lemak, serta memicu penurunan berat badan.
"Otak anda memiliki tenaga yang sebenarnya tidak berasal dari gula, sehingga apabila tidak ada gula dalam kopi tentu tiada masalah,” ujar David Asprey.
Asprey mengungkapkan jika idea kopi khusus diet ini muncul ketika beliau melakukan perjalanan ke Tibet di tahun 2004. Ketika itu tubuhnya merasa letih kerana berada di tempat tinggi. Lalu saat itu beliau membuat teh yang dicampur mentega khas Tibet yang berhasil membuat staminanya pulih kembali.
Beliau kemudian memutuskan untuk mengeluarkan sajian Bulletproof Coffee dan melancarkan formulanya sehingga mendapat hak paten pada tahun 2009 melalui media sosial.
The British Dietetic Association juga menambah, kaedah diet Bulletproof sebagai salah satu program diet unggul bagi selebriti pada tahun 2016.
Pun begitu, rancang diet anda dengan betul, pilih mentega rendah lemak atau jenis grass-fed butter jika ingin mencuba resepi ini. Ini kerana mentega yang biasa dijual dipasaran mengandungi lemak serta kadar kolestrol yang tinggi.
Untuk makluman anda, grass-fed butter mengandungi omega 3 yang tinggi serta mempunyai kebaikan dalam merangsang kesihatan, perbaiki fungsi otak dan menambah stamina.
Sumber: Reader's Digest
AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
BalasPadamPoker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)