Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Apa Salahnya 'Kongsi' Rasa Gembira Buat Ibadah Di Laman Sosial? Lelaki Ini Bidas Netizen Yang Suka Kecam Dengan Jawapan Win

17 Mei 2018
6 ulasan

Apabila tibanya bulan Ramadhan, seperti seakan menjadi trend netizen merakam gambar sendiri dengan menggunakan telefon pintar atau 'selfie' selepas menunaikan solat atau Tarawih di masjid. Kemudian rata-ratanya berkongsi di media sosial.

Tidak salah berkongsi rasa gembira membuat ibadah, secara tidak langsung boleh mengajak orang ramai untuk melakukan perkara yang sama. Namun jika adanya niat riak serta menunjuk-nunjuk dalam hati, boleh mengurangkan pahala ibadah itu. Tapi siapalah kita untuk mempertikaikan keikhlasan orang lain? Berbaik sangkalah kerana apa yang dikongsikan itu juga merupakan perkara yang baik.

Apa yang ditulis oleh lelaki ini Mohd Fadli Salleh yang tular di laman facebook mungkin ada betulnya. Jangan hanya tahu mengecam. Bagaimana pula pendapat anda? Terpulang pada diri sendiri untuk menilainya.

Apa salahnya dengan DONE TERAWIH?

1. Sehari dua ini aku ada terbaca pesanan dari ramai juga netizen mengingatkan orang lain supaya jangan letak hashtag done terawih. Aku tiada masalah dengan sesiapa yang letak hashtag done terawih atau selfie di masjid.


2. Hashtag itu menunjukkan mereka sudah solat terawih samada sendiri atau di masjid. Solat terawih ini sunat, dan hanya dilakukan pada Bulan Ramadan. Apa salah berkongsi kegembiraan melakukan ibadah?

3. Ada yang mempertikaikan keikhlasan. Buat ibadah tak payah heboh pada orang kata mereka. Aku pula ingin mempertikaikan hati mereka, kalau hati kau suci dan baik, kau akan bersangka baik. Tak perlu pertikai keikhlasan orang, itu urusan dia dengan Tuhan.

4. Perkongsian selfie di masjid atau hashtag done terawih ini banyak juga baiknya pada aku.


Kawan-kawan yang sebelum ini berpesta bersama, sama-sama nakal dan lagha bilamana melihat ada geng mereka ke masjid dan solat terawih mungkin terdetik di hati,

"Eh. Mamat ni selalu lepak sama dengan aku. Sama-sama nakal, sama-sama suka hiburan dan benda lagha. Namun pada Ramadan tahun ini dia istiqomah ke masjid. Kalau dia boleh berubah kenapa tidak aku?"

Kan bagus begitu. Dapat memberi inspirasi dan mengajak kawan-kawan seangkatan pula mendekati masjid secara tak langsung.

5. Satu benda bagus bila mereka ke masjid ialah mereka akan bercerita tentang masjid tersebut. Bagaimana bacaan imamnya, apa masjid itu selesa atau tidak. Apa pula pihak masjid sediakan untuk kemudahan para jemaah seperti juadah, tempat jagaan kanak-kanak dan sebagainya.

Maka orang yang terbaca mungkin akan tergerak hati untuk pergi solat di masjid yang paling selesa dan banyak kemudahan seperti ditulis oleh kawan mereka tersebut. Kan satu lagi kebaikan di situ?

6. Hashtag done terawih 1000 kali ganda lebih baik dari hashtag done Deadpool 2 atau done Thanos. Eh tak, sejuta kali ganda lebih baik.

Kalau mereka letak hashtag done Deadpool 2, berpusu-pusu orang komen bertanya,

"Berapa bintang weh?"

"Best tak? Berbaloi tak?"

Teruja nak tahu sangat kalau bab movie atau makanan. Tapi bab solat terawih, bab selfie di masjid ramai yang komen begini,

"Tak payah tunjuk la kalau ke masjid. Buat penat je solat tapi pahala hilang."

Dem. Watdefak. Kau pula ambil alih tugas Tuhan bagi pahala ke? Kau pula menilai hati orang? Kau pula membuatkan kawan tu hilang semangat?

7. Kepada geng pergi solat terawih, tahniah aku ucapkan. Pedulikan kata manusia bertopeng tu. Kau nak selfie, kau nak tulis hashtag done terawih, silakan. Lalu dekat newsfeed aku, aku ketik like. Terus istiqomah la kau ya.

Mana geng yang sependapat dengan aku? Kau tambah la point ke 8 dan seterusnya jika ada.

Sekian.

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 6 ulasan )
  1. Kecewa? Kalah melulu main di agen lain?
    Mari main disini saja di www(dot)updatebetting(dot)co

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam
  3. Untuk mempermudah kamu bermain guys ajoqq menghadirkan 7 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di ajoqq,,, Pin BB: 58cd292c

    BalasPadam
  4. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14

    BalasPadam
  5. Lagi Cari Bandar Togel Online Dengan Games Lainya Yang Lengkap ?
    Tapi Gak Tau Situs Mana Yang Bisa Di Percaya ?
    Daftar Di : HTTP://AREATOTO.NET
    Minimal Deposit Rp.20.000,-
    Minimal Withdraw Rp.50.000,-
    Lengkap 1 Userid Dapat Bermain :
    Togel, Taruhan Bola, Live Casino & Sabung Ayam
    Proses Deposit / Withdraw Kurang Dari 2-3 Menit
    Perlayanan Terbaik ( Di Layani CS Yang Ramah )
    Website Online 24 Jam / Setiap Harinya
    Daftarkan Sekarang Juga : HTTP://AREATOTO.NET

    BalasPadam
  6. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "