Universiti Utah di Amerika Syarikat nyata mempunyai cara yang unik untuk membantu pelajar mereka yang menghadapi tekanan akibat peperiksaan untuk melepaskan tekanan yang dialami.
Pihak pengurusan perpustakaan universiti tersebut telah menyediakan satu alamari yang dikenali sebagai 'Cry Closet' ataupun 'Almari Menangis' khas untuk mereka yang merasa tidak berdaya untuk berehat seketika.
''Ruang ini bertujuan untuk menyediakan tempat kepada pelajar-pelajar yang mengulangkaji untuk peperiksaan akhir tahun untuk berehat selama 10 minit.
''Dan peraturannya mudah. Ketuk dahulu sebelum masuk, hanya seorang sahaja dibenarkan masuk dalam sesuatu masa, terhad untuk 10 minit dan matikan lampu sebelum keluar'', kata satu pesanan yang ditampal pada pintu almari tersebut.
Almari Menangis itu mula disediakan di perpustakaan tersebut sejak Ahad lalu hasil cetusan idea seorang pelajar senior, Nemo Miller degan kerjasama dua rakannya, Tony Miller dan David Meyer.
''Satu aspek kemanusiaan yang saya sedang kaji ketika ini adalah mengenai ikatan dan ikatan yang hilang dalam komunikasi.
''Ia sangat menarik untuk melihat respon pelajar melalui idea ini.'' kata Nemo.
Foto-foto tersebut yang dikongsikan ke media sosial menerima sambutan bercampur-campur apabila ada segelintir yang mempertikai sama ada ia kalis bunyi atau tidak, namun secara keseluruhan ia disambut baik oleh pelajar.
Ada juga menyarankan idea itu disebarluaskan ke serata universiti yang ada di Amerika Syarikat.
Pihak universiti dalam satu kenyataan mengesahkan memberi kebenaran kepada pasukan Nemo untuk memasang almari tersebut.
so my school installed a cry closet in the library LMFAOOOOOOOOO what is higher education pic.twitter.com/6rGcJv9qjr— jacks (@aJackieLarsen) April 24, 2018
Sumber : USA Today
Kalah melulu main di agen lain? Kecewa dengan agen lain?
BalasPadamDaftar disini saja Upd4te Bett1ng
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877