Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Aku Seorang Guru Dan Aku tidak Sokong Hukuman Melampau Seperti Ini - Susulan Kes Budak 7 Tahun Dirotan Di Sekolah

23 Mei 2018
2 ulasan

Perkongsian yang dibuat oleh seorang lelaki yang mendakwa anaknya menjadi mangsa rotan seorang cikgu disiplin di sebuah sekolah menjadi tular di laman sosial sejak semalam. Biarpun mengakui anaknya sedikit nakal, namun tindakan guru itu merotan sehingga betis anaknya berdarah dianggap bapa ini sebagai keterlaluan. Manakan tidak, anaknya itu baru saja berusia 7 tahun.

Tampil memberi pandangan, Mohd Fadli Salleh yang juga merupakan seorang guru turut menyifatkan hukuman seperti ini tidak patut sama sekali. Biarpun kerjaya sebagai guru itu mulia, tapi menurutnya mereka bukan malaikat, masih melakukan salah dan silap. Akui saja kesalahan, dan mohon maaf demi menjernihkan keadaan. 

Tularlah kisah seorang murid berumur 7 tahun dirotan tanpa belas ihsan sehingga berbekas sebegini rupa. Sehingga anak ini tidak larat nak berpuasa.


Bertalu-talu orang tag aku dan pm, minta aku ulas hal ini dari pandangan aku. Baiklah. Aku tulis la sepatah dua tentang hal ini. Moga masing-masing berlapang dada dan baca dengan matang, bukan dengan emosi dan dendam.

Aku ini, memang nakal dari kecil. Cubitan, pelempang dan rotan itu ibarat makanan di alam persekolahan dulu. Kebanyakan hukuman dulu, memang patut aku terima atas kenakalan aku. Namun ada juga beberapa hukuman yang tidak setimpal aku terima.

Contohnya aku pernah ditampar hingga pecah bibir. Berdarah. Kesalahan? Tidak pakai stoking. Pernah dilibas dan dirotan seperti anak ini. Masa tu aku di tingkatan lima dah. Besar dah pun dan mampu tahan sakit.

Tapi tak ubah seperti gambar inilah. Kulit tersiat. Luka dan ada sedikit lelehan darah. Nak mandi perit tak terkira. Mulut asyik meratib memaki hamun dan menyumpah seranah pada guru yang menghukum.



Benar aku nakal. Benar aku ada kesalahan, hukumlah, aku sedia terima. Namun biarlah berpada. Biarlah hukuman tersebut mampu mendidik. Bukan hukuman dengan nafsu syaitan untuk menyakiti dan mendera.

Silapnya dulu, aku (dan generasi kita anak-anak 80an) hanya mendiam. Akur dan patuh sahaja. Hanya pendam dendam dalam dada.

Sepatutnya, dari awal dulu bawa mak ayah datang bersemuka dengan guru sebegini. Minta penjelasan mereka, dan minta pula permohonan maaf dari mereka jika benar mereka salah.

Biar pentadbir pun tahu dan maklum dan biar guru itu berjanji tidak ulangi lagi. Bukan hanya pada aku, bahkan pada generasi berikutnya juga.

Namun dulu, aku dan kawan-kawan biarkan sahaja. Maka generasi seterusnya juga merasa peritnya oleh guru yang sama.

Dalam mendidik, menghukum itu perlu. Perlu ada denda agar murid degil dan nakal takut dan patuh pada undang-undang. Agar murid lain rasa selamat bila ada hukuman untuk murid yang nakal.

Hukuman sebenarnya bukan hanya untuk menakutkan murid nakal, lebih penting lagi mewujudkan perasaan selamat pada seluruh warga sekolah. Aku tahu, nanti ramai warga guru akan mula komen,

"Jika anak tidak boleh disentuh, ajar sendiri la anak-anak kau orang."


Pasti ada yang akan komen begitu. Seolahnya perbuatan mereka tidak boleh dipertikai. Amboih! Maksum macam nabi dah ni. Ayat itu diguna pada tempat yang salah. Sangat salah!

"Jangan lawan cikgu, nanti tak berkat ilmu."

"Budak ini nanti besar jadi sampah masyarakat."

"Elok lah tu. Sikit-sikit mengadu. Patut anak jadi manja dan tak boleh disentuh. Esok-esok anak ini yang belasah ibu bapa."

Ini reaksi yang dijangka dari segelintir guru. Inilah ayat yang diulang-ulang setiap kali ada isu melibatkan guru dan murid.

Ayat itu ada benarnya. Namun bukan benar pada setiap masa. Bukan benar pada setiap situasi dan keadaan. Tolong faham itu wahai pak guru.

Ayat ugutan seperti itu sebenarnya menjatuhkan martabat seorang guru. Mempertahankan kesalahan yang nyata adalah tindakan yang memalukan seluruh profesion pendidikan itu sendiri.

Benarlah kerjaya guru itu kerjaya yang mulia. Menyampaikan ilmu dan memanusiakan manusia. Sungguh tugas ini tidak mudah. Sungguh tugas ini sangat banyak cabaran.


Namun guru bukan malaikat. Masih melakukan salah silap. Jika salah, akui saja dan mohon maaf. Bukan terus ego menegakkan mereka saja yang betul. Bahkan, ada segelintir guru yang langsung tiada jiwa. Golongan inilah yang menjadi nila mencemarkan susu sebelanga.

Kisah yang tular ini, aku sendiri tak pasti sahih atau tidak. Tidak juga dengar dari dua-dia belah pihak. Namun satu aku nak cakap. Jika ini berlaku pada anak aku, tindakan pertama ialah aku akan ke sekolah berhadapan dengan pentadbir dan guru tersebut.

Minta penjelasan yang munasabah dan tindakan yang perlu dari pelaku. Jika puas hati dan jelas, selesai sahaja di situ. Namun jika penjelasan dan tindakan itu tidak memuaskan hati, maka tindakan lanjutan perlu diambil. Bawa ke pihak yang lebih tinggi, malah mungkin akan jadi kes polis.

Kerana luka itu bukan kecil. Kerana hukuman ini disengajakan. Bukan kemalangan. Lebih penting lagi, anak itu baru tujuh tahun umurnya. Jika umur 17 tahun, boleh lagi tutup mata dan diam.

Anak darjah satu, senakal mana pun mereka hukuman seperti ini adalah tidak patut sama sekali. Dan benar, guru itu mulia pekerjaannya. Tunduk hormat pada sekalian guru yang majoritinya penuh sabar dan ikhlas dalam tunjuk ajar mereka.

Namun sudah sampai masanya, yang menjadi nila itu diambil tindakan. Agar menjadi sempadan dan peringatan. Agar murid lain tidak lagi dianiayai sebegini. Yang benar tetap benar. Yang salah tetap salah. Usah berselindung disebalik mulianya tugas untuk menghalalkan perkara yang tidak sepatutnya.

Aku merupakan seorang guru. Dan aku tidak sokong hukuman melampau seperti ini. Maaf jika ada coretan mengguris hati sesiapa.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Cari agen judi online aman dan terpercaya?
    Daftar disini aja www(dot)updatebetting(dot)co

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "