Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Aksi Tembak Menembak Berlaku Di Sebuah Sekolah Di Chicago, Sherlock Holmes Turut Terlibat Dalam Kejadian

1 Mei 2018


CHICAGO – Satu kejadian tembak menembak berlaku di sekolah Immaculate Conception St. Joseph (ISCJ) semalam menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan seorang cedera dalam kejadian tembak menembak tersebut.

Detektif terkemuka Sherlock Holmes turut menjadi mangsa dalam kejadian tersebut ketika beliau sedang bersiar-siar di kawasan sekolah tersebut untuk satu acara penyampaian hadiah.

Menurut pihak berkuasa, kejadian berlaku kira-kira 2.45 petang waktu tempatan. Setakat ini, mangsa dikenal pasti terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita. Polis masih sedang memastikan sama ada suspek yang bertanggungjawab adalah antara yang ditemui di tempat kejadian.

Tapi Sherlock Holmes bukan karakter dalam novel je ke? Okay jap, korang jangan mudah percaya sangat.


Ini hanyalah eksperimentasi dalam usaha untuk menyokong kempen anti-penyebaran berita palsu oleh TM atau dipanggil Fitnah Internet #FITNET. Sebenarnya kejadian tembak menembak tersebut hanyalah penggambaran filem yang dibintangi oleh Katie Holmes di salah sebuah sekolah di Chicago. Nampak tak, senang betul nak sebarkan berita palsu.

Baru-baru ni TM telah melancarkan kempen #FITNET bertujuan mendidik masyarakat untuk tidak mengamalkan penyebaran berita terutamanya melalui medium ‘digital’ yang tiada bukti sahih  dan sumber asal.

Sekarang ni semua orang mampu boleh menulis berita, namun korang sebagai pelayar di internet haruslah peka dan membuat kajian terlebih dahulu sebelum menyebarkan berita yang korang sendiri tak tahu pangkal cerita dan kesahihannya.

Penyebaran berita palsu juga merupakan fitnah. Bayangkan jika korang sendiri atau keluarga menjadi mangsa fitnah dan ianya disebarkan secara meluas di internet. Ada yang sampai bunuh diri disebabkan ‘viral’ di sosial media dan tekanan oleh masyarakat di sekeliling. Korang yang sebarkan berita palsu secara tidak langsung menyumbang dan menjadi punca mangsa bunuh diri. Benda macam ni tak boleh buat main bro dan sis sekalian.

Dengan teknologi yang semakin berkembang, kami sarankan dan mengajak korang semua untuk berhati-hati walaupun ianya sekadar ‘klik’ dihujung jari, tanpa kita sedar setiap klik di ruangan internet memberi impak yang besar terutamanya berita yang berbaur fitnah.



Sebarkan ‘prank’ ini kepada rakan-rakan yang lain supaya masyarakat dalam komuniti alam maya di Malaysia tidak mudah untuk mempercayai sesuatu berita atau analogi palsu bersama (hashtag) #FITNET dan #JanganJadiPinocchio.

Kalau ada yang ‘share’ artikel ni tanpa #FITNET dan #JanganJadiPinocchio, bermakna dia sendiri tak baca pun artikel ni untuk kesahihan. Kita tengok berapa ramai yang akan kena ‘prank’ ni.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain? Kecewa dengan agen lain?
    Daftar disini saja Upd4te Bett1ng

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "