Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video & Gambar) Penzina Ini Merupakan Pesalah Hukuman Sebat Dikhalayak Ramai 'Terakhir' Selepas Dihukum 'Seumur Hidup' Di Sosial Media

22 Apr 2018

Wilayah Aceh tidak akan lagi menjalankan hukuman sebat di khalayak ramai atau membenarkan hukuman seumpama itu dirakam, menurut ketua pemerintah wilayah itu hari 12 April lalu.



Sebaliknya, hukuman itu akan dijalankan di dalam penjara.

Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia, yang mengamalkan undang-undang Syariah dan melaksanakan hukuman sebat di khalayak ramai bagi jenayah seperti mencuri, berjudi dan zina.

Pada tahun 2014, wilayah itu turut mengharamkan kegiatan homoseksual.



Langkah mengehadkan akses kepada hukuman sebat itu dibuat hampir setahun selepas dua lelaki yang disabit kesalahan melakukan hubungan seks, disebat di depan orang ramai dan imej hukuman mereka disiarkan secara langsung dan dimuat naik di Internet, mencetuskan kritikan antarabangsa.

"Pesalah sudah dihukum sekali, tetapi jika ia dirakam dan dimuat naik ke YouTube, (seolah-olah) dia dihukum seumur hidup," kata Gabenor Aceh, Irwandi Yusuf, yang akan mengeluarkan dekri untuk mengubah undang-undang itu,

Beliau menambah hukuman sebat akan dijalankan di dalam penjara dan orang awam serta media dibenarkan menyaksikannya tetapi tidak dibenarkan merakam gambar mahupun video.



Kanak-kanak pula tidak lagi dibenarkan menyaksikan hukuman sedemikian.

"Bayangkan jika kanak-kanak menyaksikan hukuman tersebut dan ada yang bertepuk tangan. Adakah ini yang dimaksudkan dengan undang-undang Islam?" tambah beliau.



Hukuman sebat secara terbuka mula diperkenalkan di Aceh pada tahun 2005 dan disokong oleh ramai rakyat Aceh.



Beberapa anggota majlis perundangan wilayah bagaimanapun tidak bersetuju dengan dekri yang bakal dikeluarkan gabenor Aceh itu. Dekri tersebut tidak memerlukan kelulusan majlis.



"Perkara seperti ini sepatutnya dibawa berbincang dengan majlis. Jika tidak ia tidak mengikut perlembagaan," kata Speaker Majlis, Muharuddin.

Siakapkeli.my

Sumber: Mediacorp Singapura, Daily Mail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo Dukung Team Anda Bersama Kami di www(dot)Upd4teBett1ng(dot)co
    depo/wd hanya 50rb saja

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "