Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Sekarang Memang Trend Curang Dengan Isteri Atau Suami Orang Ke?'', Peguam Kongsi Kes Cerai Berpunca Orang Ketiga

5 Apr 2018

Waktu bercinta, semuanya indah. Berjanji untuk sehidup semati hanya tinggal janji. Sudahnya selepas berkahwin, hubungan yang dibina hancur disebabkan orang ketiga. Tidak semua, namun realitinya ini apa yang berlaku, trend atau fasa curang dengan suami mahupun isteri orang.

Apa yang dikongsikan oleh Peguam Salsabiila Sofian melalui laman sosial facebooknya ini mungkin boleh dijadikan renungan untuk anda. Manakan tidak, berdasarkan pengalaman beliau, rata-rata kes penceraian yang baru didaftarkan berpunca dari orang ketiga. Lebih teruk lagi, banyak juga kes cerai yang berlaku disebabkan isteri tengah berpantang. Kejamnya wahai suami.

Mari kita ikuti kisah ini seperti di bawah. Moga boleh dijadikan pengajaran untuk semua. Kukuhkan kembali rasa cinta, sayangilah rumah tangga anda.

Lokasi: Mahkamah Syariah Klang.

Sedang fokus menyusun dokumen sementara menunggu kes dipanggil. Kelihatan di hujung ekor mata satu raut wajah yang dikenali. Tapi tak boleh nak tegur terus, tengah serabut dengan dokumen untuk soal balas.

Putih langsat flawless orangnya. Bertubuh kecil. Air wajah tenang bagai tak terusik dengan ujian melanda. "Takpelah nanti lepas bicara nantilah baru tegur."

Selesai tanggungjawab di mahkamah, kelihatan dia masih ada. Menunggu di muka pintu dewan.

"Ni Salsabiila kan? Tengah kerja ke?

B: "Aah. Kte dah nampak awak tadi. Nak tegur tapi tengah sibuk. Ada apa awak datang ni?

Sambil senyum yang ikhlas tapi pahit, "Nak lafaz cerai hari ni."


Terus tangan ini menggenggam erat tangan yang membawa dokumen-dokumen yang diperlukan oleh mahkamah.

B: "Kenapa wak?"

"Macam ni la nasib wak bila ada orang ketiga. Kita dah takde pape dah dalam hidup dia."

Kejap-kejap, tengah cuba nak brain kejap. Sekarang memang tengah fasa curang dengan suami orang dan isteri orang ye?

Minggu ni setakat hari ni hari Rabu dah berapa banyak dah kes yang baru daftar, rata-rata pasal suami atau isteri ada hubungan dengan suami atau isteri orang.

Kalau kes suami curang tu kebanyakannya bermula masa isteri tengah pantang. Suami-suami dah kenapa?



Kalaulah suami-suami rasa sakit perit yang isteri tu tanggung untuk melahirkan zuriat ke dunia, nescaya suami-suami akan layan isteri-isteri macam tuan puteri ataupun mungkin lebih lagi.

Sampai hati buat macam tu kat isteri. Isteri sakit-sakit badan, tak cukup tidur, emosi tak stabil. Buat tak baik kat isteri. Boleh buat maksiat dengan isteri orang lain masa isteri sendiri tengah pantang. Bila tanya kenapa, selamba je jawab, "Body dah tak macam dulu."

Omg. Apa nak jadi ni? Sebab suamilah body isteri-isteri dah tak macam dulu. Kalau nak stay kekal macam dulu forever, nanti kat syurga lah.

Kalau dah mengandung enam kali, bersalin enam kali, menyusu anak dua tahun enam kali , buat kerja rumah dari pagi sampai pagi balik, takde maid, celah mana body isteri nak macam dulu?


Dah teruk sangat dah institusi keluarga Islam sekarang ni. Dah tak kira halal haram dah. Kira nak cantik dan sedap je. Rasa perlu share benda ni sebab dah semua orang tahu dan ambil tindakan untuk memperkukuhkan cinta, kasih sayang dan kemesraan dalam rumahtangga masing-masing.

Kesian anak-anak. Anak-anak yang jadi mangsa. Dalam masa yang sama terfikir jugak, kenapa sekarang ni ramai yang ada hubungan dengan isteri atau suami orang? Anak dara atau teruna bujang dah tak menarik ke?

Tolonglah sampaikan kepada semua suami dan isteri, sayangi rumahtangga kita. Ingat syurga neraka. Kesian anak-anak. Kalau ada masalah suami isteri, bawak bincang sama-sama. Semua rumahtangga diuji. Rumahtangga Rasulullah pun diuji. Kita apatah lagi.

Hari tu masa bercinta kan seronok, saling sayang-menyanyangi. Siang malam terawang-awang di angkasa dibuai kata-kata cinta. Tapi kenapa curang? Curang tu pulak dengan isteri atau suami orang?

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "