Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ramai Perempuan Tak Perasan Akan Mengalami 4 Perubahan Ini Selepas Berkahwin

29 Apr 2018
3 ulasan

Perkahwinan adalah salah satu fasa yang membahagiakan namun sukar untuk ditempuhi dengan cabaran serta konflik yang berlaku didalam rumah tangga.  Pun begitu, fasa-fasa ini sebenarnya meningkatkan tahap kematangan kedua-dua pasangan untuk lebih rasional dalam setiap keputusan yang ingin dilaksanakan.

Samada suami atau isteri pasti melalui perubahan-perubahan ini kerana masing-masing memahami tanggungjawab dan batas diri sendiri.  Terutama pada si isteri, sebelum kahwin persiapan semuanya untuk seorang, tapi lepas kahwin segala benda seperti basuh baju, dan masak perlu sediakan untuk dua orang.

Selain daripada itu, ada juga perubahan-perubahan lain yang sering dilihat berlaku kepada wanita yang sudah bergelar isteri ini.  Apa dia? Jom baca perkongsian dibawah!

Aura Lebih Tenang

Walaupun mungkin tertekan dengan peranan baru sebagai isteri, tetapi aura wajah wanita yang sudah berkahwin biasanya akan kelihatan lebih tenang.  Walaupun pada beberapa waktu kelihatan letih, tetapi apabila tersenyum kelihatan berbeza dari biasa.  Perasaan lebih tenang kerana sudah mempunyai sandaran yang boleh menjadi salah satu faktor.  Di samping lebih tenang, wanita yang sudah berkahwin juga menunjukkan rasa percaya diri yang berbeza.  Tanggapan menjadi lebih dewasa dan matang.



Lebih Mudah Berkompromi

Walaupun pada mulanya sukar, tetapi dari masa ke semasa anda akan lebih mudah berkompromi dengan semua perkara baru yang anda alami.  Terutama berkompromi dengan semua kelebihan dan kekurangan suami.  Dalam menghadapi sebarang masalah, nampaknya mereka berubah menjadi lebih fleksibel.  Alasan mereka mula belajar bersabar.  Selain itu, suami juga boleh melakukan perkara yang sama.

Jika sebelum ini anda melakukan semuanya sendiri, kini anda terpaksa untuk berkompromi dengan suami tentang perkara-perkara yang ingin dilakukan.  Inilah dunia perkahwinan.  Sangat mudah tertekan tetapi lebih tenang menghadapi masalah.

Tak semua akan mengalami hal ini.  Tetapi dalam beberapa kes, tahap tekanan wanita berkahwin akan meningkat.  Ini berkaitan dengan samakin banyaknya tanggungjawab.  Disamping itu, kerana perkahwinan bukan hanya menyatukan dua individu tetap juga dua keluarga, proses penyesuaian juga dapat menimbulkan tekanan bagi isteri.

Tetapi walaupun sedikit tekanan, wanita yang telah menjadi isteri juga cenderung menjadi lebih tenang dalam menghadapi masalah.


via GIPHY

Dari Jual Mahal Dan Sebaliknya

Bila sudah sah bergelar suami isteri, wanita yang dulunya acuh tak acuh akan menjadi lebih berhati-hati.  Setelah mereka dimiliki, wanita mungkin menjadi lebih cemburu daripada biasa.  Sekiranya ini berlaku, suami mesti mula memberikan pemahaman.  Terutama jika kecemburuan ini membuatan kedua-dua pihak merasa tidak selesa.



Tidak Teragak-agak Mengadu Pada Pasangan

Jika kali pertama berkawan mungkin masih malu atau teragak-agak untuk mengadu dengan pasangan, sekarang selepas perkahwinan anda rasa lebih bebas untuk mengatakan perkara-perakara yang membuatkan anda kurang selesa.  Tetapi ini sebenarnya adalah perkara yang positi kerana ia adalah tanda bahawa anda sudah benar-benar selamat dan selesa dengan suami.

Apabila anda lebih bebas untuk mengemukakan aduan, ia juga merupakan isyarat bahawa anda lebih terbuka.  Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa perubahan ini berbeza pada setiap pasangan..  Mungkin anda akan mengalami semua perubahan yang disebutkan diatas.


via GIPHY

Siakapkeli.my

Sumber: Vemale Indonesia
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Dukung tim bola kesayangan Anda dengan pasaran bola terbaik di www(dot)updatebetting(dot)co

    BalasPadam

  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "