Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Petua Orang Kampung Basmi Jerawat Dan Muluskan Kulit Wajah Dengan 'Masker' Belimbing Buluh

4 Apr 2018

Pokok belimbing buluh atau nama saintifiknya Averrhoa belimbi linn dan berasal dari keluarga Oxalidaceae dan mempunyai nilai yang tinggi dari segi perubatan. Mudah dijumpai di kawasan kampung dan kawasan perumahan kerana pokok ini mudah ditanam dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Buahnya boleh digunakan untuk berbagai-bagai tujuan.

Buah belimbing buluh digunakan dalam perubatan tradisional untuk melembutkan kulit muka dan menghilangkan jerawat. Selain daripada itu, ia juga digunakan untuk menghilangkan kotoran pada pakaian.

Jus belimbing buluh muda digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi, kencing manis dan untuk menggelakkan pitam. Bunganya digunakan oleh sesetengah masyarakat untuk melegakan sakit gigi. 

Daun, bunga dan buah belimbing buluh yang direbus sehingga mendidih dalam kuantiti yang sama banyak dan diminum setiap pagi boleh menyembuhkan batuk.

Perkongsian daripada Facebook milik Abi Chai berkongsi petua dan khasiat buah belimbing buluh untuk merawat beberapa penyakit semoga boleh dijadikan panduan untuk kita menggunakan bahan semula jadi dalam tujuan rawatan perubatan.

Petua orang kampung:

Khasiat Buah Belimbing Buluh


1. Ia mengandungi banyak khasiat yang tidak ternilai.

Daunnya apabila digiling halus dan dilumur boleh menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit di muka, sakit-sakit sendi serta panau.

2. Jika direbus ia boleh mengubati batuk, menurunkan tekanan darah tinggi dan pitam.

Untuk menghilangkan batuk, campurkan segenggam bunga Belimbing Buluh dengan sedikit jus pegaga yang telah ditumbuk, 2 biji bawang merah dan 1 batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking.



Seterusnya direbus dan ditapis air rebusan itu. Kemudian minum dengan mencampurkan sedikit madu. Minum segelas 3 kali sehari.

3. Untuk yang ada darah tinggi, petik 3 biji buah Belimbing Buluh. Potong kecil-kecil dan rebus. Minum air rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari.

4. Untuk bayi yang diserang penyakit kuning mandikan dengan air rebusan daun belimbing untuk meredakannya.

5. Untuk yang gula naik tinggi pula ambil secekak daun Belimbing Buluh dan setangkai daun sup. Direbus dan bila dah betul betul mendidih bolehlah minum 3 kali sehari. Lepas seminggu cuba chek kat klinik.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "