Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Orang Bunuh Diri Netizen Terus Tuduh Macam-Macam Sedangkan Mereka Tak Tahu "Depression" Adalah Satu Penyakit Kronik

23 Apr 2018

23 April - Baru-baru ini terdapat beberapa kes bunuh diri dan cubaan bunuh diri yang berlaku di beberapa kawasan di Malaysia. Ramai yang berpendapat bahawa mengambil tindakan u ntuk membunuh diri ini sebagai satu tindakan yang bodoh.

Beberapa kes yang berlaku pula melibatkan mangsa yang beragama Islam. Adakah mereka sudah tidak ingat pada Tuhan? Adakah mereka sudah tidak beriman? Atau mereka mengalami masalah yang mendorong mereka mengambil keputusan singkat tersebut.

Penulis terbaca satu komen dari sebuah laman Facebook Sukan Star Tv dimana laman Facebook tersebut memuat naik video seseorang yang dipercayai terjun dari 'flyover' sebelum dilenyek sebuah kereta. Orang itu dikatakan mangsa bunuh diri.

Komen yang diberikan oleh Muhsin Zaidi seorang yang memiliki lulusan Psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan kini bertugas sebagai Penolong Pegawai Perubatan (PPP) di Hospital Serdang, Selangor.

Menurut beliau, menurut kajian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 29.2% rakyat Malaysia mengalami masalah kesihatan mental dan kebanyakkanya mengalami Major Depressive Disorder (Depression).

Pesakit yang mengalami depression akan sentiasa mencari jalan untuk mati kerana mereka akan merasakan sudah tiada sebab untuk mereka terus hidup di dunia ini.

Tuan Muhsin Zaidi juga ada menguruskan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Malaysian Mental Care Association (MeCare) yang membantu penghidap Depression. Boleh ikuti mereka melalui laman Facebook Malaysian Suicide Alert.




Berikut adalah kenyataan penuh dari Muhsin Zaidi  tentang bunuh diri yang boleh membuka mata masyarakat terhadap kes bunuh diri yang berlaku di sekitar kita. Semoga bermanfaat.

Sorry nak mencelah. Disebabkan saya activist yang membantu orang dari membunuh diri, saya rasa agak terkilan baca komen-komen di sini. 

Bunuh diri bukanlah benda baru. Ia berlaku dari dulu lagi. Bunuh diri ni tak semestinya ornag normal je yang buat. Banyak faktor lain kita kena tengok sebelum kita tuduh orang mati masuk neraka ke apa. Memang ada orang mati bunuh diri walaupun tiada masalah mental, tapi sangat sedikit dan rasanya sangat jarang berlaku. 

Kajian terbaru dari KKM menunjukkan sekarang 29.2% rakyat Malaysia mengalami masalah dengan kesihatan mental dan kebanyakkannya adalah Major Depressive Disorder (depression). 

Depression ni satu penyakit kronik, bukan penyakit main-main atau dibuat-buat. Pesakit yang alami depression akan mengalami masalah untuk terus hidup. Dia sentiasa rasa dia perlu mati. Masalah yang menjadi punca bukan sebab dia takde agama, tak ingat syurga neraka atau apa, tapi kegagalan otak dia untuk berfikir dan buat keputusan. Senang cakap dah tak waras. Masalah depression ada kaitan dengan fungsi otak, bukan masalah kurang iman atau apa. 



Pesakit depression ni akan sentiasa cari jalan untuk mati. Dalam keadaan ini, jangan marah dia. Dia dah tak berapa sedar. Sebaliknya bawak dia jumpa doktor dan makan ubat. Ada ubat untuk bantu dia kembalikan fungsi otak dia, dan insyaAllah dia akan kembali dapat berfikir dengan normal. Orang normal takkan ada keinginan nak bunuh diri, tambah2 kalau Islam. Kalau dia ada niat nak bunuh diri, maknanya dia ada masalah berkaitan mental. 

Penyakit depression ni boleh develop satu fasa yang teruk iaitu psychosis. Bila dia dah masuk fasa psychosis ni, fkiran dia dah takde kat dunia ni. Dia keliru mana satu betul mana satu halusinasi. Memang dah tak waras dah.

Dan kita kena ingat, Islam tak hukum orang yang tak waras. Mereka tak minta dapat penyakit macam tu. Jangan kita sesuka hati menuding jari dan menjatuhkan hukum. Kita kena sedar, hampir 1/3 rakyat malaysia ada masalah mental sekarang. Tak mustahil esok lusa ahli keluarga kita pulak yang akan dapat penyakit ni dan cuba bunuh diri. Mungkin masa tu baru kita akan paham betapa hancurnya hati baca komen kata ahli keluarga kita yang mati tu takkan masuk syurga. 

Wallahualam
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "