Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nak Cantik Punya Pasal, Semua Tips Kecantikkan Dicubanya, Hati-Hati Ya Ini Dia 6 Tips Kecantikkan Yang Sebenarnya Memudaratkan Kulit Anda

21 Apr 2018
3 ulasan

Sekarang ni, bukan susah sangat pun na cari tips-tips berkaitan kecantikkan dan penjagaan kebersihan diri. Bersepah dekat internet, kotang taip je tips kecantikkan, macam-macam yang keluar.

Tapi yang menjadi persoalannya, betul dan boleh percaya ke tips yang dikongsi tu? Macam mana kalau kita cuba ikut, dan kesannya tak seperti yang diharapkan. Entah-entah contohnya, kulit muka yang asal tak la teruk sangat, jadi makin teruk.

Masa tu, menangis pun dah tak guna kan? Nasi dah jadi bubur, kata orang dulu-dulu. Jadi, kali ini kami nak kongsi dengan anda 6 tips kecantikkan popular yang sudah lama beredar dalam masyarakat, tapi sebenarnya turut memberi mudarat kesihatan.

Jom baca artikel di bawah.

1. Guna Minyak Pati (Essential) Sebagai Sapuan Atau Topeng Muka


Guna minyak pati ini bukan lah tidak baik untuk kecantikkan diri, misalnya minyak pati sitrus sememangnya berkesan dalam merawat selulit.

Tapi yang memudaratkan adalah bila anda menggunkan minyak pati dalam jumlah yang banyak pada kulit kerana ia boleh memberikan kesan merah yang terbakar selain boleh menyebabkan ruam.

2. Gosok Bibir Guna Berus Gigi Semasa Menggosok Gigi


Ada yang kata tips ini bertujuan untuk menghasilkan bibir mungil merah bak buah delima, tapi sebenarnya ia tidak baik untuk kesihatan bibir anda.

Ia sebenarnya boleh melukakan bibir kerana kulit pada bibir sangat nipis dan lembut. Dikhuatiri jika terluka, kuman pada berus gigi berpindah ke bibir dan menjangkiti luka-luka tersebut.

3. Sapuan Mustard Untuk Tujuan Melebatkan Rambut 


Campuran minyak, telur, gula dan mustard sering kali dianggap sebagai mujarab untuk melebatkan rambut. Bagaimanapun anda harus sedar bahawa ia juga boleh menyebabkan kesan terbakar, tanda kemerahan, kulit menggelupas dan pelbagai lagi. Malah, mustrad jika digunakan pada muka boleh menyebabkan alahan teruk seperti mata merah, batuk dan rasa lemas.

Bagi anda yang ingin menggunakan mustard sebagai campuran topeng muka, anda dinasihatkan untuk menyapu sedikit pada kulit tangan anda untuk melihat reaksi kulit anda terlebih dahulu.

4. Guna Vakum Khas Untuk Tanggalkan Blackhead Pada Muka


Bukan susah pun untuk korang cari vakum penanggal blackhead dan juga whitehead ni dalam pasaran. Buka IG pun dah banyak orang yang jual. Tapi betul ke guna vakum ni selamat. Sebenarnya tak pun, tetap ada kesan sampingannya terhadap kulit anda.

Vakum boleh meninggalkan tanda merah pada kulit dan menyebabkan telangiectasia jika terdedah kepada couperose.

5. Guna Serbuk Soda Sebagai Skrub


Soda seringkali digunakan sebagai skrub untuk menanggalkan kotoran pada wajah kerana tidak meninggalkan sebarang kesan berbahaya. Jadi kenapa pula ia memberi mudarat?

Ini kerana nilai pH yang berbeza. Soda mempunyai pH bersifat alkali iaitu 9 manakala pH muka pula adalah 4.5. Jika anda menggunakan soda sebagai skrub, ia boleh menyebabkan kulit anda menjadi kering dan cepat tua.

6. Guna Minyak Kosmetik Berbanding Krim Muka

Ia amat popular kepada segelintir orang yang gemar memilih minyak kosmetik untuk disapu pada kulit berbanding menggunakan krim muka. Minyak memang diketahui boleh menyebabkan kulit bertambah kering dan alahan.


Sumber : Brightside
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Yuk segera join dan pasang taruhan mu hanya di www*updatebetting*co

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20%

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "