Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Minyak Wangi Dah Tak Wangi, Gincu Cair", Ini 10 Benda Penting Yang Anda Tidak Boleh Tinggalkan Di Dalam Kereta Di Bawah Panas

7 Apr 2018
2 ulasan

Umum sudah mengetahui bahawa Malaysia sememangnya sebuah negara yang beriklim panas dan lembap sepanjang tahun. Walaupun ia sebenarnya satu rahmat, namun cuaca panas kadang-kadang mengehadkan pergerakkan harian kita.

Tengok sahaja bila kita naik kereta, benda pertama yang pastikita akan buat adalah menghidupkan penghawa dingin kenderaan kan. Tambah-tambah kalau kereta tersebut sudah dibiarkan lama di bawah panas.

Tapi tahukah anda bahawa haba yang tereperangkap di dalam kereta sebenarnya boleh menyebabkan suhu di bahagian dalam kenderaan lebih tinggi berbanding suhu di luar. Malah, peningkatan suhu ekstrem ini sebenarnya boleh menjejaskan banyak peralatan sekiranya dibiarkan dalam tempoh yang lama di dalam kereta. Ini adalah senarai benda-benda yang biasa kita sebagai pemandu Malaysia tinggalkan di dalam kenderaan, dan ia boleh terjejas akibat pendedahan kepada suhu tinggi yang terlalu lama.

1. Botol Air

Ia mungkin nampak logik untuk sentiasa membawa bekas air di dalam kereta memangdangkan cuaca negara kita yang panas ini, namun ia sebenarnya langkah yang tidak bijak sekiranya anda meninggalkan botol tersebut di dalam kereta untuk jangka masa yang lama.

Saranan ini dibuat kerana wujudnya kebimbangan dalam kalangan pengamal perubatan berkaitan penggunaan Bisphenol A dan Phthalates di dalam plastik botol, iaitu bahan kimia yang bertindak sebagai agen yang mebolehkan botol plastik fleksibal. Meninggalkan botol air terlalu lama di bawah suhu panas mungki menyebabkan bahan kimia tersebut bertindak dan terbebas ke dalam air. Sekali gus mencemarkan air minuman tersebut.


2. Gajet Elektronik

Kita sedia maklum bahawa gajet elektronik seperti telefon pintar mengandungi sel bateri sebagai pembekal kuasa bagi membolehkan alatan tersebut beroperasi. Dan ramai daripada kita mungkin sedar bahawa ketika kita menggunakan telefon bimbit, bahagian bateri akan menjadi panas, malah lebih panas daripada suhu persekitaran.

Jadi ia amatlah tidak bijak jika anda meninggalkan gajet tersebut di dalam kereta untuk tempoh yang lama. Selain itu, saranan ini juga melibatkan gajet-gajet lain terutamanya gajet yang mengandungi bateri sebagai pembekal kuasa seperti tablet dan komputer riba.

Lagi pun, meninggalkan barangan berharga di dalam kenderaan juga terdedah kepada bahaya kecurian kan.


3. Cermin Mata Hitam

Memang nampak bergaya bila memandu di siang hari sambil mengenakan cermin mata hitam kan? Tapi ia mungkin menjengkelkan anda jika terpaksa mengusung cermin mata tersebut kemana-kemana, kalau perempuan tak apalah sebab selalunya ada beg tangan sebagai tempat simpanan. Kalau yang laki macam mana? Jadi mudahnya, kita akan tinggalkan ia di dalam kereta sahaja kan. Lagi pun kalau bawa, takut tertinggal di mana-mana, susah juga nanti.

Tapi pernah anda menyedari perubahan terhadapa cermin mata hitam yang ditinggalkan di dalam kenderaan? Meninggalkan cermin mata di dalam kereta dan suhu panas boleh menjejaskan kualiti objek tersebut. Bingkainya mungkin akan longgar dan tidak lagi selesa di pakai.

Ini disebabkan cahaya haba panas tadi telah menyebabkan beberapa kompenan cermin mata terutama bahagian plastik menjadi lembut dan berubah. Malah, warna cermin mata juga boleh terjejas.


4. Gincu Mudah Cair

Sudah menjadi kebiasaan untuk pemandu wanita sebenarnya untuk menyimpan alatan solek di dalam kereta kerana ia memudahkan mereka untuk bersolek di dalam kereta.

Antaranya yang biasa di simpan di dalam kereta adalah gincu. Tapi tahukah anda, gincu jika dibiarkan terdedah kepada haba akan mudah rosak dan cair. Jadi rugilah, tambah-tambah jika anda adalah seorang pengguna gincu berjenama yang mahal-mahal harganya.
5. Minyak Wangi Dah Tak Wangi

Jangan sesekali tinggalkan minyak wangi anda di dalam kenderaan kerana haba yang tinggi boleh menyebabkan bau haruman tersebut tersejat. Dah la nak beli minyak wangi harganya dah mahal, tiba-tiba bila sembur di baju, dah tak ada bau. Rugikan.


6. Sun cream / Suncreen

Ironi bukan, satu-satunya benda yang kita perlukan untuk melindungi kulit daripada haba dan cahaya matahari sebenarnya boleh terjejas jika dibiarkan terdedah pada suhu yang tinggi.

Bahan kimia aktif yang digunakan dalam penghasilan produk tersebut boleh terjejas akibat bertindak balas dengan haba di luar. Dalam sesetengah kes, ada keadaan di mana bekas krim tersebut meletup dan mengotorkan bahagian dalam kenderaan.


7. Ubat-ubatan

Sesetengah ubat, seperti antibiotik sepatutnya disimpankan di tempat dingin seperti peti ais. Manakala ubat-ubatan lain seperti Piriton dan ubat untuk kanak-kanak seperti Calpol dan Nurofen, tidak boleh dibiarkan terdedah kepada suhu melebihi 25 darjah Celcius.

Jadi, pastikan anda tidak sesekali meninggalkan sebarang-ubat-ubatan di dalam kereta okay.


8. Pemetik Api

Ini pun kami rasa semua sudah sedia maklum bahawa ia mudah meletup jika terdedah kepada api atau pun haba yang melampau kan. Malah ia juga sangat berbahaya kerana ia berupaya menyebabkan kebakaran kerana kandungan bahan mudah terbakar di dalamnya.

Jadi buat mereka yang merokok, pastikan selalu setiap kali keluar daripada kenderaan, anda tidak meninggal pemetik api anda.


9. Power Bank

Jangan ambil mudah kerana sudah banyak kali kendengaran kes powerbank yang ditinggalkan di dalam kereta meletup. Malah, ada ketikanya ia meletup ketika digunakan kerana peningkatan suhu yang mendadak.

Jadi, hati-hati okay.


10. Anak

Tolonglah, jangan sesekali alpa. Anak anda adalah tanggungjawab anda, jangan biar diri anda jadi pembunuh secara tidak sedar.

Haba yang terlampau tinggi dan tiada pergerakkan udara di dalam kereta, boleh meragut nyawa sesiapa sahaja terutamanya kanak-kanak yang mempunyai fizikal lebih lemah.

Jadi saranan kami, biasakan diri anda untuk membuka pintu belakang kereta setiap kali meinggalkan kenderaan supaya anda sedar dengan penumpang di belakang.


Sumber : The Sunday Times, Mau Kerja
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. "Hayyy Guys...
    Sedang Bosan di rumah tanpa ada yang bisa di kerjakan
    dari pada Bosan hanya duduk sambil nonton TV sebaiknya SEGERA bergabung dengan kami
    di D*E*W*A*P*K agen judi terpercaya di add ya PIN BBM kami D87604A1 di tunggu lo ^^"

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "