Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Melenggang Perut: Antara Budaya, Khurafat Dan Fakta Sains? - Dr Muhammad Izzat

4 Apr 2018
Adat melenggang perut adalah upacara yang dijalankan ke atas seorang isteri yang genap tujuh bulan kehamilannya bertujuan untuk menempatkan kedudukan bayi didalam perut ditempat sepatutnya, iaitu dibahagian pintu rahim.

Pada masa dulu, upacara ini dianggap penting agar memudahkan ibu bersalin serta mengelakkan bayi lemas didalam perut.  Namun masih relevankan adat ini pada zaman sekarang yang ternyata maju dengan arus teknologi dan sains?  Perkongsian daripada Dr Muhammad Izzat, Pegawai Perubatan di bahagian Obstetrik & Ginekologi Kementerian Kesihatan Malaysia menerangkan tentang isu ini.

ADAT RESAM : MELENGGANG PERUT - BERBAHAYA ?


Melenggang perut adalah ritual tradisional yang dilakukan bila wanita hamil genap 7 bulan. Ritual ini bertujuan untuk memastikan kepala bayi pada posisi normal dengan harapan memudahkan proses bersalin



Melenggang perut lebih terkenal di bahagian Selatan Malaysia, di bagian Utara, disebut dengan kirim perut, sementara di bagian barat dan timur Malaysia, tidak terdapat data yang menjelaskan istilah yang berkaitan dengan upacara adat melayu ini.

Bagaimana melenggang perut dilakukan?

Kain sebanyak 7 helai dengan 7 warna dibentangkan, sebagai alas untuk si ibu berbaring . Kemudian, perut si ibu diurut perlahan-lahan dengan minyak urut yang telah disediakan.

Selanjutnya, kelapa yang sudah dikupas digulingkan secara perlahan di atas perut isteri secara bolak-balik dari atas ke bawah sebanyak 7 kali. Pada kali yang ke 7, buah kelapa tersebut sengaja dilepaska dan dibiarkan bergolek golek hingga berhenti.



Kemudian bidan memerhatikan bagaimana posisi muka atau mata buah kelapa tersebut bila berhenti bergolek. Jika mata kelapa menghadap ke atas, maka isteri akan melahirkan baby boy, jika sebaliknya, maka isteri akan melahirkan baby girl.

Kemudian, kedua tangan bidan memegang hujung lapisan kain yang paling atas, lalu ia mengangkat sedikit ujung kain tersebut, dengan tujuan untuk melenggangkan perut si ibu. Setelah itu, maka bidan menarik kain tersebut helai per helai secara perlahan hingga semua lapisan kain terlepas dari bawah pinggang si ibu. Kemudian lapisan kain yang paling bawah beserta buah kelapa, beras, damar, sirih-pinang yang terdapat di dalam tepak sirih diserahkan pada bidan.

Tak dilupakan, setiap step ni disertai dgn jampi dan mantera tertentu yg saya kurang pasti asalnya dari mana.

Jadi apa signifikan nya berlengang perut? Nak tahu jantina baby dalam kandungan - kita boleh buat scan dah tengok baby girl ke boy. Sejauh mana benarnya kelapa yg bergolek2 tu memberikan gambaran jantina bayi tu?



Urutan sebarangan untuk memusingkan kepala bayi boleh membawa bahaya kepada ibu. Takda monitoring CTG - jantung anak - maka kita taktau bayi berada dalam keadaan ok ke tidak. Kalau di hospital, ECV ( prosedur nak pusingkan baby songsang ) dibuat oleh doktor yg bertauliah dan di bawah pengawasan CTG. jika berlaku komplikasi , ibu terus dihantar segera ke dewan bersalin untuk pembedahan caesarean. Kalau masa berlenggang tu berlakunya masalah pada baby - macam mana nak detect? Guna ilmu batin?

Saya khuathiri adat melenggang perut ini dicemari oleh unsur-unsur khurafat yang boleh membawa kepada syirik kepada Allah . Walaubagaimanapun untuk menjaga hati dan perasaan org-org tua yang tegar nak buat gak adat ini mungkin bole tegor segara berhemah. Cadangan utk membuat kenduri doa selamat untuk memohon kesejahteraan kehamilan dan proses bersalin yang selamat adalah jauh lebih baik dan bermanfaat

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "