Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial mengenai isu yang sebenarnya tercetus jauh di negara orang, tetapi mendapat reaksi luar biasa daripada masyarakat di sini. Isunya tak lain tak bukan adalah kritikan 'kurang bijak' yang dibuat oleh seorang juri rancangan realiti masakan MasterChef UK, Gregg Wallace terhadap peserta berasal daripada Malaysia, Zaleha Kadir Opin.
Dalam episod yang bersiaran pada 25 Mac itu, Zaleha tampil dengan juadah tradisi orang Melayu iaitu Nasi Lemak yang dihidangkan bersama-sama dengan rendang ayam. Namun, Wallace tanpa rasa bersalah telah mengkritik rendang ayam tersebut sebagai tidak rangup pada bahagian kulit selain tidak boleh dimakan.
Tindakan Wallace yang disifatkan sebagai tidak sensitif dengan budaya masakan bangsa lain mendapat kritikan teruk daripada netizen hingga memaksa MasterChef UK menyekat akses kepada video episod tersebut yang dimuat naik di akaun YouTube mereka.
Namun, berbanding merendah diri memohon maaf, seorang lagi juri program tersebut, John Torode memuat naik satu tweet di Twitter yang dilihat sebagai menyindir kritikan yang dilemparkan netizen kepada mereka. Tindakan Torode itu menyebabkan chef terkenal tanah air, Datuk Redzuwan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan berang dan bertindak berkongsi pandangannya terhadap dua orang juri tersebut melaui akaun Instagramnya.
Maybe Rendang is Indonesian !! Love this !! Brilliant how excited you are all getting .. Namaste 🙏🏻 https://t.co/CThRmhaEAc— John Torode (@JohnTorode1) April 2, 2018
''Saya jujurnya tidak dapat bersabar dengan sikap sombong yang ada di dalam diri seorang chef. Tidak kiralah dari mana sesuatu juadah itu berasal kerana bukan itu isunya.
''Tidak perlu menyindir mengenai asal usul sesuatu makanan kerana ia hanya menunjukkan kejahilan anda.
''Ia mengenai sikap kurang sensitif dan pada masa yang sama tidak menghormati budaya orang lain.'' kata Chef Wan
Melalui satu kemas kini yang lebih awal, Chef Wan juga turut berpendapat bahawa pihak MasterChef UK perlu memasukkan semula Zaleha ke dalam rancangan tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka.
"Juri-juri itu bukan sahaja memalukan Zaleha, tapi merosakkan penyertaannya. Tak mengapa kalau dia kalah disebabkan oleh alasan yang betul, tapi itu tidak berlaku.
"Mereka sepatutnya memasukkan semula dia dan memohon maaf secara terbuka jika MasterChef UK ingin memulihkan kembali kredibiliti program itu," kata Chef Wan.
Ujarnya lagi, jika mereka tidak memahami dan tidak tahu mengenai masakan rendang, mereka sepatutnya tidak memberi kenyataan yang dilihat tidak wajar.
Chef Wan juga memberitahu bahawa dia sebelum ini pernah menonton rancangan kelelolaan Torode, John Torode's Malaysia Adventure yang dirakam di Langkawi. Katanya, di dalam rancangan tersebut Torode pernah menyediakan juadah rendang itik bersama seorang lelaki tempatan.
Justeru katanya, Torode sepatutnya lebih tahu dan menegur Wallace ketika dia membuat kritikan yang salah terhadap Zaleha.
"Dia (Torode) perlu cakap kepada Gregg untuk diam jika tidak pernah memasak rendang! Saya (Torode) pernah menyediakannya!" kata Chef Wan lagi.
Sumber : mStar
AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
BalasPadamPoker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)