Sebagai pengundi muda, anda pasti tertanya-tanya kan bagaimana proses pengundian itu dijalankan, suasana seperti apa di pusat pengundian, dan apakah perkara-perkara yang perlu dielakkan ketika keluar mengundi nanti.
Jadi, kali ini kami ingin berkongsi dengan anda yang kali pertama mengundi mengenai lima kesalahan-kesalahan yang perlu anda elakkan ketika keluar mengundi nanti. Semoga bermanfaat untuk anda.
1. Menerima Makanan Dan Minuman Dari Orang Asing
Jika anda dihampiri oleh mana-mana individu asing yang dikenali atau tidak dikenali lalu menawarkan anda makanan dan minuman sama ada sebelum, semasa dan selepas mengundi, anda dinasihatkan untuk tidak menerima pemberian tersebut.
Ini kerana ia merupakan satu kesalahan yang terkandung di dalam Seksyen 8 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 - Penjamuan.
Apa yang perlu anda fahami adalah, tawaran tersebut boleh ditafsir sebagai rasuah sama ada untuk mendorong anda mengundi ataupun tidak mengundi calon parti politik tertentu. Jadi, hati-hati ya. Jangan sampai anda tidak dibenarkan untuk mengundi nanti.
2. Membawa Keluar Atau Membawa Masuk Kertas Undi
Ingat, anda sama sekali tidak dibenarkan untuk membawa masuk atau membawa keluar kertas undi sama ada yang belum ataupun sudah digunakan. Anda cuma dibenarkan untuk mempunyai satu kertas undi sahaja, sekiranya anda mendapati petugas di pusat pengundian tersilap membekalkan lebih dari satu kertas undi, anda hendaklah menyerahkan kembali kepada petugas dengan segera.
Kesalahan ini terkandung dalam Seksyen 3(1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 - Kesalahan-kesalahan Oleh Mana-mana Orang :
Jadi sebagai langkah selamat, sebelum memasuki dan keluar dari tempat undi, anda DINASIHATKAN untuk MEMERIKSA terlebih dahulu diri sendiri bagi memastikan tiada lebihan kertas undi atau kertas undi palsu pada diri anda.
3. Menunggu Atau Berlegar-Legar Di Tempat Mengundi Setelah Selesai Membuang Undi
Jika anda sudah pun selesai melaksanakan tanggungjawab anda untuk membuang undi, seelok-eloknya anda hendaklah beredar meninggalkan lokasi pengundian. Sekiranya anda perlu menunggu seseorang, anda dinasihatkan untuk berada dalam jarak sekurang-kurangnya 50 meter daripada tempat mengundi.
Kesalahan ini dinyatakan dalam Seksyen 26 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 - Batasan Pada Hari Mengundi :
Jadi fikirkan semula dan beritahu siap-siap kepada keluarga atau kenalan anda di mana tempat anda menunggu ketika selesai mengundi nanti. Ingat, ia bukan idea yang baik untuk berlegar-legar di tempat mengundi.
4. Memakai Mana-Mana Pakaian Yang Mengandungi Logo Parti Politik
Ia merupakan kesalahan terbesar, oleh itu sila beri perhatian. Anda sama sekali dilarang untuk memakai pakaian termasuk semua aksesori atau membawa mana-mana bahan yang mengandungi nama calon, lambang atau simbol mana-mana parti politik pada hari PRU tersebut berlangsung.
Kesalahan ini terkandung di dalam Seksyen 26 (1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 - Batasan Pada Hari Mengundi :
Jadi, lebih selamat jika anda memakai pakaian yang neutral ataupun jenis plain ketika keluar mengundi nanti.
5. Tidak Memperuntukkan Masa Secukupnya Kepada Pekerja Untuk Mengundi
Kesalahan ini lebih menjurus kepada majikan di tempat kerja anda. Setiap majikan mempunyai tanggungjawab untuk memperuntukkan masa yang munasabah bagi membolehkan anda untuk menjalankan tanggungjawab anda.
Tanggungjawab majikan ini ada disebut di dalam Seksyen 25(1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 :
Jadi, ini antara lima kesalahan yang anda sebagai individu perlu elakkan ketika hari mengundi nanti. Kami nasihatkan jika anda merasakan apa-apa tindakan yang anda buat itu salah, elok sahajalah anda tinggalkan supaya hak anda untuk mengundi tidak dihalang disebabkan kesalahan anda sendiri.
Sumber : Suruhanjaya Pilihan Raya, Ask Legal
Yuk segera join dan pasang taruhan mu hanya di www*updatebetting*co
BalasPadamAJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
BalasPadamPoker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)
Sy tidak tau apa ini cara kebetulan saja atau gimana. Yg jelas sy berani sumpah kalau ada ke bohongan sy sama sekali. Kebetulan saja buka internet dpt nomer ini +6282354640471 Awalnya memang sy takut hubungi nomer trsebut. Setelah baca-baca artikel nya. ada nama Mbah Suro katanya sih.. bisa bantu orang mengatasi semua masalah nya. baik jalan Pesugihan dana hibah maupun melalui anka nomer togel. Setelah sy telpon melalui whatsApp untuk dengar arahan nya. bukan jg larangan agama atau jalan sesat. Tergantung dari keyakinan dan kepercayaan saja. Syukur Alhamdulillah melalui bantuan beliau benar2 sudah terbukti sekarang. Amin
BalasPadam