Ini 5 Jenis Tabungan Yang Wajib Anda Buat Jika Anda Inginkan Masa Depan Yang Terjamin
Setiap kali kita membuat tabungan, ataupun menyimpan duit, apa yang bermain di fikiran kita terutama buat mereka yang masih muda adalah tabungan untuk membeli kereta ataupun mahu berkahwin. Ada juga mereka yang menabung kerana ingin membeli barangan berjenama yang sudah lama diimpikan. Ada juga yang membuat tabungan untuk melancong.
Maka lahirlah berbagai nama tabung untuk tujuan yang berbeza. Ada 'Tabung Kahwin', ada 'Tabung Travel', ada 'Tabung Kereta' dan macam-macam lagi lah. Kiranya dengan ada tabung untuk tujuan khas ini, diri jadi lebih berdisiplan dan komited untuk menyimpan duit, demi memastikan impian dalam diri dapat direalisasikan, betul tak? Mestilah betul kan.
Tapi tahukah anda, bagi menjamin masa depan anda sepatutnya mempunyai sekurang-kurangnya lima jenis tabungan ini. Tidak kisah lah anda meyimpan banyak mana, tapi jangan pernah terlepas daripada sediakan duit untuk disimpan dalam tabungan yang kami kongsikan di bawah.
1. Tabung Kecemasan
Kenapa kena ada tabungan kecemasan? Dah nama pun kecemasan kan, dah tentulah ia akan digunakan untuk menghadapi saat-saat kecemasan yang selalunya berlaku tanpa di duga. Apakah saat-saat kecemasan tersebut? Terpulang kepada anda, kereta rosak pun kecemasan juga kan. Tak pun tiba-tiba dapat khabar ada ahli keluarga yang meninggal dan anda berada jauh di tempat orang, mesti perlukan duit yang banyak kan, masa inilah boleh guna tabung kecemasan.
Untuk tabung kecemasan ini, anda disarankan untuk menyimpan dana sekurang-kurangnya 3 bulan gaji anda, contohnya jika anda mempunyai pendapatan sebanyak RM 2000, anda perlu membuat tabungan kecemasan sehingga RM 6000 dan ia mestilah dalam bentuk mudah cair. Yelah, nanti tak perlulah anda bersusah payah bila nak gunakannya.
Oleh itu anda disarankan untuk memperuntukkan sebanyak 10 peratus gahi anda untuk tabung ini. Jika anda mempunyai gaji RM 2000, anda disarankan membuat simpanan sebanyak RM 200 setiap bulan.
2. Tabung Perubatan
Tabung untuk tujuan perubatan adalah tabungan yang sangat penting dan ia bersifat pelaburan atas diri sendiri. Anda boleh memilih untuk membuat tabungan sendiri ataupun dengan cara lebih mudah adalah mendapatkan pelan pelindungan melalui caruman insuran kerana hari ini, terdapat pelbagai agensi insuran yang menawarkan pelan takaful ini.
Jika anda memilih untuk membuat caruman pelan takaful, anda disarankan untuk membuat caruman sebanya 10 hingga 15 peratus daripada gaji anda, iaitu antara RM 100 hingga 150 jika anda mempunyai pendapatan sebanyak RM 2000.
3. Tabung Pelaburan
Jika anda membuat sedikit penyelidikan, anda pasti mendapati bahawa sebenarnya banyak angensi yang menyediakan pelan pelaburan dengan pulangan yang lumayan. Antaranya adalah pelaburan Amanah Saham Bumiputra (ASB) yang biasa kita dengar sebelum ini.
Melalui tabungan ini, selain duit yang anda simpan boleh diambil pada bila-bila masa, anda juga boleh mendapatkan pulangan yang sangat baik setiap tahun. Untuk simpanan jenis ini, ia terpulang kepada anda. Bagaimanapun anda disarankan untuk memperuntukkan gaji anda sebanyak 20 hingga 30 peratus dalam tabung pelaburan ini.
Anda juga sebenarnya boleh membuat pelaburan jenis lain antaranya pelaburan dalam bentuk hartanah.
4. Tabung Rumah.
Kami yakin setiap orang sedia maklum bahawa harga rumah semakin hari semakin meningkat. Jadi jika anda tidak bermula daripada sekarang untuk menyediakan tabungan membeli rumah ataupun sekurang-kurangnya tabungan deposit rumah, anda mungkin menghadapi masalah di masa hadapan.
Tetapi anda disarankan untuk membuat tabungan berpadanan dengan harga rumah impian anda. Ini bermakna, jika rumah yang anda ingin beli harganya mahal, maka anda terpaksalah membuat tabungan dengan jumlah yang lebih tinggi.
5. Tabung Percutian
Ini adalah tabungan akhir yang perlu buat dan bagi kami ia juga sama penting dengan tabungan-tabungan yang lain atas sebab, tiada siapa pun di dunia ini yang tidak suka cuti dan bercuti.
Setelah anda penat bekerja hampir setiap hari mencari rezeki serta berhempas pulas untuk membuat simpanan tabungan yang lain, apa salahnya kan jika anda 'reward' diri anda dengan bercuti. Lepaskan segala lelah supaya hidup anda menjadi lebih segar.
Apa-apa pun anda harus ingat terutamanya pada mereka yang bekerja sendiri, anda juga haruslah membuat sedikit simpanan untuk hari tua anda. Bagi mereka yang ada majikan, ia tiada masalah kerana setiap majikan pasti mebuat caruman KWSP untuk pekerjanya sebagai jaminan untuk kehidupan selepas tidak lagi berdaya mencari pekerjaan.
Sumber : duitkertas.com
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877
Tabungan saya berdasarkan kpd wkly mnthly n yearly..cara ini saya berjaya melangsaikan hutang rumah dlm masa 5 tahun..gaji tak byk pun..3k ++.single mother wrh 3 chldren..alhamdulillah..tapi jgn lupa banyakkan sedekah,zakat dan duit ibu bapa..insyaallah...
BalasPadam"Hayyy Guys...
BalasPadamSedang Bosan di rumah tanpa ada yang bisa di kerjakan
dari pada Bosan hanya duduk sambil nonton TV sebaiknya SEGERA bergabung dengan kami
di D*E*W*A*P*K agen judi terpercaya di add ya PIN BBM kami D87604A1 di tunggu lo ^^"
AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
BalasPadamPoker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)