Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Beza Terma Expiry Date, Use Before Dan Best Before Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Menggunakan Sesuatu Produk Makanan

2 Apr 2018

Setiap produk yang kita beli terutamanya melibatkan produk-produk seperti makanan selalunya hadir dengan tempoh guna tertentu. Ada produk yang dihasilkan untuk bertahan dalam tempoh yang lama seperti makanan dalam tin dan susu tepung, ada juga makanan yang cepat rosak seperti roti dan produk tenusu. Jadi, sebelum kita menggunakan produk tersebut, kita hendaklah memastikan ia masih dalam tempoh jaminan supaya ia selamat untuk dimakan.

Tapi kalau anda perasan, sebenarnya terdapat terma yang berbeza yang digunakan oleh pengeluar untuk dijadikan rujukkan oleh pengguna dalam menentukan tarikh luput sesuatu produk. Untuk penegtahuan anda, terma-terma yang digunakan ini membawa maksud yang berbeza. Ada pengeluar menggunakan terma 'Expiry Date', ada yang guna 'Use Before/Use By' dan ada juga yang menggunakan terma 'Best Before'.

Jadi, apakah maksud setiap terma-terma ini? Penting ke? Ya, ia amat penting kerana ia akan menentukan kualiti produk yang bakal anda beli selain untuk memastikan anda dapat menggunakan produk tersebut dalam kondisinya yang terbaik.

1. Expiry Date / Tarikh Luput

Expiry Date ataupun Tarikh Luput ini digunakan oleh pengeluar untuk memberitahu pengguna bilakah tarikh terakhir produk tersebut boleh digunakan. Oleh itu, apabila ia telah pun melangkaui tarikh tersebut, ia tidak lagi boleh digunakan kerana tidak selamat dan kandungan nutrisi produk selepas tarikh luput tidak sama seperti yang dipaparkan pada label.

Penggunaan terma ini boleh dilihat pada produk-produk berbentuk cecair mahupun produk susu formula serta beberapa produk makanan yang lain.


2. Use Before/Use By

Use Before ataupun Guna Sebelum adalah terma yang membawa maksud produk tersebut hanya boleh dimakan sehingga tarikh yang dinyatakan. Kegagalan untuk peka dengan tarikh yang dinyatakan boleh menyebabkan anda memakan makanan yang sudah rosak dan melatakkan kesihatan anda dalam risiko.

Produk yang mempunyai label ini boleh dimakan atau dibeku hingga tarikh tersebut sahaja, tetapi bukan selepas tarikh yang dicetak. Antara produk yang menggunakan terma ini adalah produk sejuk beku seperti daging, ikan dan salad.


3. Best Before / Baik Sebelum

Perbezaan antara Best Before dengan Use Before adalah melibatkan soal kualiti. Jika produk Use Before tidak lagi boleh digunakan jika melebihi tarikh dicetak, produk yang menggunakan label Best Before pula merujuk kepada situasi dimana pengguna hanya akan mendapat kualiti yang terbaik daripada produk tersebut sebelum tarikh yang dinyatakan. Namun begitu, produk itu masih selamat digunakan walaupun sudah melepasi tarikh yang dicetak.

Kualiti produk mungkin sedikit terjejas seperti tekstur dan rasa makanan yang berubah, malah ia masih boleh dipamerkan pada rak jualan dan tidak menjadi satu kesalahan.

Antara jenis makanan yang mempunyai label seperti ini adalah makanan kering, makanan dalam tin serta makanan sejuk beku. Namun perlu diingat, ia selamat untuk digunakan walaupun melepasi tarikh yang dicetak hanya jika anda MENYIMPAN makanan tersebut dengan BETUL, seperti yang disarankan oleh pengeluar.


Sumber : Petua Ibu, Food Standard Agency UK
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "