Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Sesekali Rewardlah Penyewa, Diorang Struggle Bayar Sewa Setiap Bulan Kadang Sampai Tak Cukup Makan'' - Owner Rumah

2 Apr 2018

Ekonomi yang tidak menentu dan kos sara hidup yang meningkat, semakin membebankan terutamanya bagi mereka yang berkeluarga. Mana fikir kos makan, kereta, bil, kelengkapan anak-anak lagi.

Nak beli rumah pun masih belum stabil. Pilihan yang ada menyewa. Duit sewa setiap bulan sudah tentu wajib dibayar, struggle je la untuk cut kos lain demi memastikan kelangsungan hidup. Mesti antara kita yang pernah merasai perit begini kan? Realiti sebenar hidup yang perlu ditelan.

Namun perkongsian oleh Mohd Suhairi Hery mungkin boleh diberikan pujian. Sebagai pemilik rumah sewa, beliau memberikan 'reward' kepada penyewanya. Bukan untuk menunjuk, namun percaya dengan konsep ''the power of given'', yang mungkin boleh diaplikasikan oleh orang lain. Respeklah !

Actually penyewa ni dah 5 tahun menyewa..dan selama 5 tahun tu aku tak pernah jumpa dia..dan tak pernah jenguk rumah tu..semua urusan by call dan email je..

Sebab rumah tu byk sgt kenangan dengan Hadeef..dulu kalau pergi je rumah ni..aku selalu teringat suara dia jerit2 masa kecik...rumah ni jugak hampir2 kena lelong dulu..so terlalu byk kenangan pedih..

Penyewa ni selalu bayar on time..tapi setiap 12 bulan dia bayar sewa aku akan bagi free satu bulan tak perlu bayar..anggap je hadiah dari kita untuk dia dan anak2 dia..takde niat nak menunjuk2..


Rumah aku pun tak la banyak sangat..tapi bagi siapa2 yang ada rumah2 sewa..sesekali reward lah penyewa..sebab diorang struggle byr bulan2..kadang2 tak cukup makan nak survive..besarkan anak2..susu..pampers semua..


Percaya cakap aku rezeki kita takkan pernah putus..dan dalam setiap rezeki kita tu sebenarnya pasti ada rezeki orang lain jugak..jangan sesekali berkira..mudahkan urusan orang lain..Allah pasti memudahkan urusan kita..

Kita jangan sesekali menidakkan the power of given. hidup ni bukannye tentang berapa banyak yg kita dapat..tetapi tentang berapa banyak yang kita beri...bahagia itu bila mana kita melihat orang lain bahagia..

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "