Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Beli Rumah Bawah Harga Pasaran'', Pakar Hartanah Ini Kongsi Tips Berguna, Wajib Baca

12 Apr 2018

Membeli, memiliki dan mendiami rumah yang selesa dan memenuhi citarasa merupakan idaman semua orang. Siapa sahaja yang tidak mahu memiliki rumah sendiri kan? Disebabkan kurang pengalaman, maka kebanyakan orang kurang arif dalam proses membeli rumah yang sebenar. Tersilap langkah, pembelian rumah boleh bertukar jadi mimpi ngeri.

Ditambah dengan harga pasaran yang melambung tinggi, ramai yang tidak mampu atau risau dengan bajet yang bakal dikeluarkan. Tapi jika difikirkan pula, adakah boleh membeli rumah di bawah harga pasaran? Tidak mustahil jika mengikut cara dan teknik yang betul.

Apa kata anda ikut tips yang dikongsikan oleh pakar hartanah Tuan Azizul Azli Ahmad ini. Selain mempunyai pengalaman yang banyak, pelbagai strategi pelaburan hartanah telah beliau kuasai. Semoga bermanfaat dan boleh dijadikan panduan untuk anda.

TIPS BELI RUMAH BAWAH HARGA PASARAN!


1. Makin Ramai Penjual Terdesak

Dalam keadaan ekonomi begini, makin ramai orang menjual rumah mereka. Ada yang berpindah, kecilkan bajet, gaduh hingga bercerai, belanja perubatan, perniagaan merosot dan modal nak kawin lagi!

2. Beli Waktu Ramai Menjual.

Sekarang ramai orang menjual dan pembiayaan makin susah. Penjual mula rasa sukar nak dapat pembeli yang 'baik'. Mereka akan buat tawaran, "kita nego sampai jadi".

3. Cubalah Lelong!

Ini antara lubuk 'best' untuk dapat bawah harga pasaran. Cuba kena ada ilmu dan sedikit lebihan duit, tapi bila dapat kita cantikkan. Nilainya buat kita ketagih nak beli lagi kawan, bukan nak kahwin lagi.


4. Cari Rumah Buruk

Makin buruk rumah itu, makin tinggi peluang kita nak 'negosasi' dengan tuan rumah. Mintak baik baik dan belajar rendah diri, jangan sombong dan buat muka macam nak makan kaki. Manusia mudah cair dengan santun dan kebaikkan orang kawan!

5. Agen Hartanah Kekasih Kita!

Jadikan agen hartanah kawan kita, sesekali belanja kopi kapal api atau 'setabak' sekali. Mereka tahu rumah mana bawah market value atau tuan rumah terdesak nak jual cepat!

6. Beli Dari Pasaran Sekunder

Pasaran ini boleh negosasi dengan tuan rumah atau agen, dalam keadaan ekonomi begini pasaran ini dah ada yang jual pada harga lelong. Cari betul betul pasti jumpa punya.

7. Mintak Diskaun Dari Pemaju!

Zaman "sold out" dah berakhir sekarang. Banyak pelancaran projek baru yang masih belum terjual. Cakap baik baik dengan pemaju, saya mampu jika harga ini turun sedikit! Zaman ini, 'buyer's market' boleh bersuara. Cuma gegadis tak suka hantaran mereka rendah kawan!

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Pasang Taruhanmu Malam Ini Hanya Di www(dot)updatebetting(dot)co
    Untuk Info Cara Daftar Silahkan Hubungi CS Kami Di Bawah Ini :
    BBM 7ACD8560, Whatsapp (+855) 979542957, Line Updatebetting

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "