Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Awas, 'Intip' Telefon Pasangan Boleh Dipenjara Di Arab Saudi

5 Apr 2018

Pasangan yang berkahwin di Arab Saudi mungkin akan berfikir dua kali untuk mengintip telefon pasangan masing-masing kerana ia telah menjadi satu jenayah di negara itu.

Jangan terperanjat kerana pesalah boleh boleh dikenakan tindakan meringkuk dalam penjara atau membayar denda sehingga US$3,000, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan kerajaan itu yang dikeluarkan pada Isnin.

Undang-Undang Anti-Jenayah Siber yang baharu menjenayahkan aktiviti seperti mengintip data yang dihantar menerusi komputer tanpa kebenaran, atau mengakses komputer dengan niat untuk mengancam atau memeras ugut mana-mana orang.


"Perkembangan media sosial telah menyebabkan peningkatan yang stabil dalam jenayah siber seperti peras ugut, penyelewengan dan fitnah, selain penggodaman akaun," menurut kenyataan itu.

Kerajaan berkata undang-undang itu bertujuan "melindungi moral individu serta masyarakat selain melindungi privasi," dan akan terpakai kepada lelaki mahupun wanita.

Bagaimanapun, sesetengah pihak berpendapat bahawa ia pada akhirnya akan lebih melindungi golongan lelaki kerana undang-undang itu akan menjadikan keadaan lebih sukar bagi wanita membuktikan dakwaan berhubung penderaan atau persetubuhan rambang terhadap suami mereka.

Teknologi media sosial kini semakin popular di negara Arab. Pada suku ketiga 2017 sahaja, sejumlah 75 peratus daripada jumlah penduduk di negara itu adalah pengguna media sosial yang aktif.

Rangkaian sosial paling popular di negara itu ialah aplikasi mesej WhatsApp telefon bimbit dengan kadar penembusan sebanyak 71 peratus.


Sumber : Astro Awani via Bernama
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "