Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Arab Saudi Larang Jemaah Lawat Beberapa Kawasan Bersejarah Termasuk Jabal Tsur, Jabal Nur Dan Gua Hiraa

20 Apr 2018


Semalam 19 Apri 2018 kita dikejutkan dengan satu berita tular di laman Facebook oleh banyak laman pengendali Umrah di mana kata mereka Kementerian Haji Dan Umrah, Arab Saudi telah mengeluarkan kenyataan larangan untuk melawati kawasan-kawasan tertentu ketika menjalani ibadah Umrah dan Haji kerana sering berlaku aktiviti tidak baik (Bid'ah) dan juga jemaah sering terjatuh semasa mendaki di kawasan-kawasan itu.

Antara kawasan-kawasan yang dilarang adalah, Ladang Kurma di Madinah, Ziarah Bani Saad iaitu, Kawasan Halimatus Saadiah, Masjid Kuu' dan Masjid Ibn Abbas di taif,  Masjid Siti Rahmah / Masjid Terapungdi Jeddah dan Ziarah Jabal Tsur dan Jabal Nur termasuk Gua Hiraa di Mekah.

Namun, kawasan-kawasan itu masih boleh dilawati, tetapi perlu memohon permit dari pihak kerajaan Arab Saudi terlebih dahulu. Jika larangan ini dilanggar, pihak agensi dan pihak Muassasah perlu menanggung pembayaran denda sebanyak SR5000.



Berkenaan tentang mendaki Jabal nur dan menziarahi Gua Hiraa, semua jemaah Umrah yang datang ke Mekah dilarang sama sekali untuk melawati kawasan berkenaan selepas tarikh surat pekeliling ini dikeluarkan iaitu 19 April 2018.

Kerajaan Arab Saudi bertindak sedemikian kerana, kawasan-kawasan yang ditutup banyak berlaku aktiviti-aktiviti bid'ah dan khurafat serta ramai jemaah yang jatuh ketika mendaki bukit.

Pihak Siakap Keli telah menghubungi pihak Lembaga Tabung Haji melalui panggilan telefon untuk mendapatkan pengesahan tentang perkara ini dan Tabung haji telah memberikan mengesahkan mengenai penutupan beberapa kawasan ini.

Berikut adalah kenyataan dari seorang Mutawwif Umrah iaitu Ustaz Shauqi Hasan dari Rarecation Umrah dan pihak Haneen Travel & Tours Sdn. Bhd.



Maklumat lebih lanjut akan menyusul...
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Sy tidak tau apa ini cara kebetulan saja atau gimana. Yg jelas sy berani sumpah kalau ada ke bohongan sy sama sekali. Kebetulan saja buka internet dpt nomer ini +6282354640471 Awalnya memang sy takut hubungi nomer trsebut. Setelah baca-baca artikel nya. ada nama Mbah Suro katanya sih.. bisa bantu orang mengatasi semua masalah nya. baik jalan Pesugihan dana hibah maupun melalui anka nomer togel. Setelah sy telpon melalui whatsApp untuk dengar arahan nya. bukan jg larangan agama atau jalan sesat. Tergantung dari keyakinan dan kepercayaan saja. Syukur Alhamdulillah melalui bantuan beliau benar2 sudah terbukti sekarang. Amin

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "