Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Apa Itu Pesta Songkran Hingga Ribuan Rakyat Malaysia Sanggup Seberang Sempadan Untuk Sertai Pesta Ini, Best Ker?

12 Apr 2018
One Comment


Seperti ramai tahu bahawa Pesta Songkran akan tiba tidak lama lagi iaitu pada tanggal 13 April, maka ramai rakyat Malaysia akan berpusu-pusu di sempadan Malaysia-Thailand untuk menyambut pesta ini walaupun diketahui banyak duit akan digunakan kerana matawang Bath kini lebih besar dari Ringgit Malaysia.

Songkran bermaksud 'melangkah masuk' iaitu simbolik bagi kemasukan Tahun Baru Siam yang disambut sekitar 13–15 April setiap tahun.

Jadi, kepada rakyat Malaysia yang teringin untuk menyertai pesta air ini anda sebenarnya tidak perlu bersusah payah untuk bersesak-sesak seberang sempadan, kerana ianya ada di Malaysia turut diadakan pesta air yang diberi nama Splash Water Camp di Perak.

Pihak Movie Animation Park Studios(MAPS), Ipoh, Perak turut menganjurkan pesta air ini dengan pelbagai aktiviti menarik 90% hampir serupa dengan pesta Songkran yang ada di Thailand.


Pihak MAPS akan menyediakan pelbagai aktivit menarik Splash Water Camp, permainan air, Water Dance, busker 70% lagu Thailand berkonsepkan Hawaii, Foot and Reflexology Massage dari Thailand, Muay Thai, Persembahan Okulele, Powder Coloring , TeamGuns Challenge (Explorace), Family Match, Pertandingan Mewarna, dan yang paling menarik adalah Festival Funs di mana semua pengunjung akan dibenarkan menembak air kepada seorang pengunjung bertuah di mana beliau akan diberikan hadiah.





Festival ini juga akan dimeriahkan dengan kehadiran artis-artis terkenal tanah air dan dari negara seberang seperti Faizal Ismail, Fara Fauzana, Dato Jamal Abdillah, Upiak dan ramai lagi.






Apa yang menarik adalah, semua yang tersedia ini adalah PERCUMA kerana ianya sudah termasuk sekali di dalam tiket masuk yang hanya bernilai RM70 untuk dewasa dan RM60 untuk kanak-kanak (Tidak termasuk water gun) atau RM90 untuk dewasa dan RM80 untuk kanak-kanak (termasuk water gun) dan hanya RM35 jika anda datang selepas jam 5 petang.


Selain aktivit Splash Water Campini , anda boleh mencuba semua aktiviti lain yang sedia ada seperti Animation Square Zone,  Stunt Lagend Arena, Blast Off Zone, Live Action Zone, Lakeside Zone, Fantasy Forest Zone dan pelbagai lagi.











Memang sehari korang duduk sini tak habis untuk dilawati, memang padat jadual korang di dalam ni, memang letih tapi cukup menyeronokkan.

Jadi, jika anda berminat untuk ke MAPS sempena Falsh Water Camp ini, anda dinasihatkan terus membeli tiket secara atas talian kerana difahamkan pada hari berkenaan kaunter membeli tiket akan mengalami kesesakan, anda boleh terus membeli di Ticketing MAPSkalau jauh, anda boleh terus menginap di Hotel Casuarina ada disebelah MAPS itu sahaja, memang selesa berhadapan dengan bulatan Amanjaya yang ‘hidup’ sampai ke pagi.




**SK ingatkan, kalau pergi sini, jangan lupa cuba makanan di cafe berbentuk kapal angkasa tu, sebab makanan dia sedap sangat-sangat, chef yang masak tu bukan calang-calang, pernah berkhidmat di Hard Rock Cafe selama 10 tahun.






Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Yuk teman-teman Pecinta Bola Dukung Team Jagoan Kalian di www(dot)updatebetting(dot)co

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "